Friday, December 3, 2010

Di Hari Persandinganmu

Assalamualaikum
Salam Jumaat. Cik Jari masih di kampung. Melayan karenah adik-adik sambil melayan kembali hobi lama : membaca buku motivasi dan novel. Hobi macam nenek-nenek kan?ahh,tak kisahlah! Asalkan bermanfaat. Ahaks. 

erm,pagi tadi Cik Jari sengih panjang-panjang sebab dapat call dari sahabat lama. Almost sejam berbual. Memula dia mesej-mesej kat FB, memandang CJ dah tak respond (offline),so dia kol terus....wee...suka sangat! Dah bertahun kitorang tak jumpa. Rinduuuu sangat.....henpon & tenet je yang jadi penghubung.

Kitorang berkawan baik. Tapi,tak semestinya tak pernah bergaduh kan?? Kitorang pernah bergaduh. Sejak pergaduhan tuh,kitorang makin kenal hati budi masing-masing. Makin memahami sifat masing-masing. Kesimpulannya, pergaduhan seminit boleh mengakrabkan hubungan sesama kita selama bertahun-tahun... haha, sesuka ati CJ je buat kesimpulan.

Berbalik kepada cerita hati, beliau risaukan CJ sebab CJ masih single. Hehe,siap nak tolong carikan lagi tuh.. Tapi,CJ boleh lak buat endah tak endah je...erm,hakikatnya di hati ini, hanya Allah yang tahu. Kelmarin-kelmarin dulu, ex-CJ mengkhabarkan berita pertunangan beliau...Memule tuh terasa 'something' gak, tapi memandangkan hati-minda-diri ini sentiasa yakin dengan qada & qadar Allah,CJ pujuk-pujuk hati supaya hilang segala rasa yang pelik-pelik tuh....Now, i'm happy for him.Baguslah dia dah bahagia....(tapi,terasa sayu gak bile terdengar lagu di hari persandinganmu)

Tadi, kawan CJ kata, CJ pun layak bahagia. CJ patut bahagia. CJ kena yakin dengan diri sendiri. CJ kena conrol diri ikut citarasa sendiri, tak boleh terlalu pikirkan cakap-cakap orang...Banyak sangat pesanan yang dititipkan tadi...besttt...hehe...

CJ selalu sangat kena dengar masalah orang..kena paham orang...sometimes bile ada kawan baik yang sudi mendengar...sudi berkongsi, sudi menasihati...CJ hargai sangat-sangat...Even i know what should i do....tapi bile ade yang sudi mendengar isi hati,kegusaran kita,pasti kita akan rasa lebih yakin...lebih tenang....kan?...


kalau nangeh kuat-kuat,mesti orang kesian kan? jom nangeh!!

Footnote: Bapak CJ suggestkan CJ jual nasik lemak sementara takde keje nih coz sambal ikan bilis yang CJ masak pagi tadi SEDAP....haha,tahu!...bapak cume nak hepikan CJ...sebab CJ senyap sunyi sejak semalam... thanks daddy sebab cube untuk hiburkan hati ini...