Monday, December 13, 2010

Bila Minda terlalu kretip

Assalamualaikum
Yeah.... Abang Lampard ku mula beraksi malam tadi...Biarpon seri...tapi tetap hepi...Erk, CJ anti-Man Uni. Even diorang takde dosa pon dengan CJ,tapi entahlah!! memang anti sangat!!!

kisahnya? haha...mestilah dikaitkan dengan kisah silam. Tapi, biarlah rahsia! *full stop*


Rindu Hari Raya
Hari nih,tetiba CJ nak berangan jadi Cikgu Maths. Tugas cikgu adalah mengajar. Mengajar/mendidik sesuatu yang bermanfaat...dan jika anak2 murid mengamalkan ilmu yang diajarkan oleh guru, maka berlipat-lipat kali ganda lah pahala sang cikgu....mulia sungguh kerjaya cikgu/pendidik kan? InsyaAllah dunia dapat,akhirat pon dapat....syoknya...

Maths-satu-satunya subjek kesukaan. Macamana boleh suka? Sebab bapak CJ terer sangat mencongak-congak...So,CJ jadi sangat-sangat tercabar....CJ nak jugak terer maths..Tapi,sampai skrang tak terer mencongak...Sebab otak dah terbiasa dimanjakan dengan kalkulator saintifik!

Kalaulah CJ seorang cikgu..Pasti CJ akan jadi cikgu yang sempoi-sempoi je. CJ target nak ajar adik-adik sekolah rendah..Kalau dapat kelas bawah-bawah, memang best la kan...Tak perlu kuatkan volume suara.. Tulis je kat papan putih...."Buka buku teks  Matematik m/s 67. Siapkan latihan. Pagi esok hantar"...Haha, giler sempoi... budak-budak balik rumah, suruh kakak-abang-mak-ayah-tok-nenek siapkan kerja sekolah. Takpon, g tekan mesin kira kat henpon untuk dapatkan jawapan....

Haha...dulu-dulu CJ penah gak termalas buat latihan Matematik...Ter = tak sengaja malas..... So, CJ akan datang awal ke sekolah & mula menyalin jawapan kawan-kawan..Tapi, selalunya kawan-kawan yang tiru CJ sebab CJ ramai abang-akak...Diorang yang pantau CJ buat kerja sekolah....Hehehe...tengkyu abang-kakakku!

Mak & anak-anak kesayangannya
Kesimpulannya,
Cintailah Matematik....Tak kenal maka tak cinta. Maka, cintailah Cikgu Matematik anda supaya anda mudah kenal nombor,mudah belajar, mudah cinta Matematik.....