Monday, December 6, 2010

Antara rela & tak rela,ku biarkan tubuh diraba (PPS)

Assalamualaikum
Yes!!
CJ dah selamat melarikan diri dari rumah. Namun,banyak dugaannya!!!
2-3 hari yang lepas, akak CJ suh datang ke rumah dia. Kat Kajang. Masa tuh CJ masih lagi demam. CJ terasa berat ati-tak sedap ati. Tapi,mengenangkan jasa-pengorbanan akak, CJ pon setuju pergi ke Kajang.

CJ agak kurang okay sejak akhir-akhir nih. CJ pernah khabarkan pada anak sedara CJ(Mie):
"Mie,kalau tetibe acik sakit,lepas tuh meninggal....macamana ye??"
dia tanya:
"Kenapa acik cakap macam tuh?"
~~~~zzzz~~~~~

Memandangkan CJ rasa tak sedap ati, maka CJ ajak anak sedara CJ(along) untuk temankan CJ menuju ke Kajang...Dan kisah saspen pon bermula...


Muka excited nak naek bas

Kami bertolak dengan menaiki bas Trans dari T.I menuju ke Klang.(Transit kat rumah abang)...Perjalanan berjalan dengan lancar sehinggalah bas sampai di Kapar. CJ sakit yang amat sangat. Dalam hati-sambil mulut terkumat kamit mohon dikuatkan semangat. Mohon Allah legakan sakit CJ...

Namun,kesakitan makin bertambah kuat...CJ dah tak larat sangat...berpusing ke kiri-berpusing ke kanan..Akhirnya seorang Makcik yang menyedari perubahan CJ bertanya "Adik sakit ke?"...CJ angguk sambil bertanya:"Mak Cik ada minyak angin?"....Dia angguk dan kemudian menghulurkan sebotol minyak...Tapi tangan CJ dah tak berdaya nak menyambut hulurannya..lemah semakin lemah....Mak Cik mula panik....Mak Cik di depan CJ tetibe turut panik...digoyang-goyangkan badan CJ.Tapi CJ memang sangat-sangat tak berdaya untuk menjawab soklan-soklan MakCik tersebut...

Setelah beberapa saat terkaku,CJ terasa bernafas semula...Mak Cik-Mak Cik terus menyapu minyak angin...mengurut-ngurut badan CJ...Mak Cik kata muka CJ pucat sangat..Sejuk badan & tangan...Antara rela & tak rela,CJ membiarkan tubuh diraba dan diurut....dan akhirnya CJ muntah...Muntah pahit..yek!!!!!!!

Pucat macam nih kot

Masa tuh dah takde perasaan malu kat makcik2 tuh...sebab dah sakit sangat.....Anak sedara a.k.a Along terus menghubungi akak CJ...Dia kata "Acik pengsan!"....adeh...Acik cume pitam sekejap...bukan pengsan... 

Sebelum turun di Klang Central,berkali-kali CJ ucapkan TERIMA KASIH kepada Makcik2 yang menolong CJ...Alhamdulillah,CJ masih bernyawa....Syukur Ya Allah...Syukur Alhamdulillah...tengs kepada Along jugak...

Moral of da story: Sentiasalah berteman. Lebih-lebih lagi PEREMPUAN. Walau seMACHO mana pon kaw, kalau dah sakit, tetap perlukan pertolongan orang! 

Sejak dari itu....My Dad tak galakkan CJ balik naik bas without kawan/teman yang dikenali... & till now, i have to telan ubat setiap hari-setiap pagi since 1 January 2011. I feel more energetic...Bibir dah tak pucat macam dulu....Dah tak perlu cat bibir dengan Nippon Paint kaler baby red.

Klang Central - lokasi kejadian dipapah keluar dari bas
--------------------------------------------------------------------------------
Entri ini telah diedit dan dengan tujuan untuk menyertai kontest Jamz.

Klik gambar di atas untuk terjah kontes akim
Jangan Masuk Blog Ini bukan bermaksud N0 ENTRY tapi sebenarnya penuh dengan Entry-entry yang membuatkan orang jatuh rahang....Maka,jangan masuk blog ini sekali! Sila berulang kali!!!