Wednesday, December 15, 2010

Aku Bengang,Kau Bengkang! (PPS)

Assalamualaikum
Dengan rasa neves dan malu-malu ayam, CJ join kontes Akim si Lagenda Bedak Sejuk. Masa memula CJ add Akim kat FB,Akim letak gambar dia ngan sorang pompuan. Masa tu plak memang tak kenal pon ngan si Akim nih. Tak lama lepas tuh, si Akim letak gambar katun lelaki tengah sujud.Perghh,nampak cam orang mesjid je si Akim....First time kacau wall akim banyak-banyak masa sembang-cite tentang novel Ombak Rindu.....Haha,Akim jeles dengan Hariz sebab Izzah duk layan Hariz je....Ok,habis sudah cerita detik perkenalan antara CJ & Akim...(Kategori Pengalaman Maneh)




Sekarang masuk pulak part Pengalaman Pahit pulak. Sebelum CJ bercerita lebih lanjut,lebih panjang,lebih sadis,lebih hampeh, meh kita layan lagu nih jap.



Tujuh tahun lepas, aku bukanlah aku yang sekarang. Aku yang dulu sangatlah degil-keras hati, kuat semangat,agak brutal, berjiwa ganas...Sungguh! Sudah acapkali bapak aku menggeleng-gelengkan kepala... APA NAK JADI DENGAN KAMU NIH,N****!!!! Kalau tengah marah, akan terdengarlah suara jeritan batinku yang tinggi sampai langit ke tujuh...Sekarang nih,kalau mak duk mengimbas-imbas balik kelakuan aku dizaman lampau,aku pasti akan tutup telinga atau lari jauh-jauh. Tak sanggup nak denga!

So,macamana aku beleh berubah???

Segala-galanya kerana CINTA...
Bagusnya cinta,bisa merubah aku jadi perempuan! Perempuan yang sinonim dengan kelembutan, kaya dengan kasih sayang, kaya dengan senyuman & punya sifat sabar.

Tujuh tahun lalu,aku budak pendiam yang suka menukilkan rasa hati pada sekeping kertas mati. Sajak Tentang Ibu- karya agungku yang berjaya tersiar di Majalah XXX. Aku sayang ibuku. Tapi aku terlalu kekok untuk mengungkapkannya...Bukan aku tak cinta,bukan aku tak sayang,tapi ke-EGO-an mematikan niat suciku untuk memeluk ibu....

Disember 2003:
Aku didatangi Surat Misteri dari Segamat,Johor...

"Nama saya ZMF".Saya nak berkenalan dengan awak...kalau awak sudi,sila hubungi saya di nombor 012-7******"
(kandungan surat sebenar yang telah ditapis)

Surat yang ringkas.

Lantas,aku mendail nombor tersebut dengan perasaan penuh ke-cuak-an.

I said Yes! we will be fren.

and...the story of love begin.but the sad ending change my life :(
~~~Takde idea la plak~~~
sebenarnya nih kisah paling secret.Kisah cinta disebalik senyapnya seorang aku suatu ketika dulu..Wajarkah aku menceritakannya? Wajarkah aku bongkar untuk tatapan stalker terhebat ku?

Promote dulu,pasnih baru sambung cerita (kalau sempat)...

Korang ade pengalaman sedih?
Pengalaman yang merubah hidup korang dari suka kepada duka?
Kongsikan bersama kami dan berpeluang memenangi hadiah lumayan daripada Akim..

Akim-Bengang

Pemenang Pertama, kedua dan ketiga (paham-paham la) :
Topap RM30 + Key-chain eksklusif Jangan Masuk Blog Ini.
Topap RM20 + Key-chain eksklusif Jangan Masuk Blog Ini.
Topap RM10 + Key-chain eksklusif Jangan Masuk Blog Ini.


KONTES BERMULA : 12 DISEMBER 2010. 12.01 AM.
KONTES TAMAT : 12 JANUARI 2011. 11.59 PM.