Monday, November 22, 2010

Tiada yang palsu melainkan benar belaka

Assalamualaikum
Isnin..Pukul 6.56 pagi, telepon berbunyik...Ada orang sedang merindu Cik Jari. Hehe,panggilan daripada ayahanda tercinta...Hehe,seronok bile dengar suara ceria ayahanda tercinta...Soalan lazim: Sihat ke?  Harinih ade exam?....biasalah...Cik Jari kan Anak Bapak! *senyum*

Malas nak cerita banyak-banyak...Tadi Cik Jari terbaca surat best kat belog Dayah. Jom Baca amanat seorang cikgu nih..

"Wahai murid-muridku tingkatan 5 & 6 atas, ingatlah bahawa tuhan itu benar, hari kiamat itu benar, kematian itu benar & kehidupan selepas kematian juga adalah benar. Ingatlah juga SPM & STPM adalah benar. Mulai tarikh 23 nov berpisahlah kamu drpd kami guru-gurumu & tinggallah kamu seorang diri di alam peperiksaan. Pada waktu itu tidak ada sesiapa yang dapat menolongmu melainkan ilmu & amalanmu selama ini."

"Tatkala datang kepadamu pengawas-pengawas peperiksaan & mengedarkan kertas soalan kepadamu, usahlah kamu gentar menghadapinya. Bertenang & yakinlah bahawa tuhan ada bersama-samamu kerana dengan keyakinan & ketenangan kamu pasti dapat menjawabnya. Semoga bahagialah kamu di sana & berjaya menghadapi ujian ini....Selamat menghadapi SPM & STPM buat pelajar-pelajarku sayang..."

Muka ceria adik-adik yang dah dapat result UPSR 2010