Tuesday, November 23, 2010

Saya Malu

Assalamualaikum
Hari ini,entry copy paste lagi.Hehe...Kali nih,isu aurat yang ingin diketengahkan...Credits to Kak Suzana Ghazali. Sebelum tuh, mari kita Google maksud aurat.

Maksud Aurat dari segi bahasa: Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib, cacat, cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong jalan di bukit. (Munawwir,Kamus Bahasa A'rab-Indonesia)

Private parts, genitals, defect, fault and blemish. (Al-Mawrid Al-Quareeb,A Pocket Arabic-English Dictionary)

Aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi.

Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:

* Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan

* Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.

* Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.

* Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.
Salafi muslims believe that a woman's awrah in front of unrelated men is her entire body including her face and hands.

* Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Dalam Hadis: "Wanita itu adalah a'urat".( المَرْأةُ عَوْرَةٌ ), Maksudnya wanita itu menjadi a'urat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu. (Lisanul A'rab.Jilid 4)

Kesimpulannya:

Aurat itu ialah suatu (yang terdedah,tersingkap, terbuka) maka terasa malu seperti aib seseorang didedahkan maka ia akan malu, dan adakalanya perkara itu menjatuhkan maruah (menurunkan harga) dirinya.Maka kerana itulah 'AURAT' (aibnya) ditutup dan dijaga untuk memelihara harga dirinya, seperti penjual menyembunyikan kecacatan (aib) barang supaya tidak jatuh harganya.

Maksud Aurat dari segi syara':Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat. (Fiqh Al-Manhaji A'la Al-Mazhab Al-Imam Syafie',Jilid 1)

Dah jelas maksud aurat? Sekarang,kita baca pula emel seorang lelaki khusus buat wanita yang SENGAJA MENDEDAHKAN AURAT.

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orang warakk.. aku bukan orang alim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

erk...Kesian gak kaum lelaki nih kan? Nih pulak petikan surat ala-ala daripada Rasul Iman kepada Chinta:

Allah tak zalim tetapi kita yang melakukan kezaliman kepada Allah. Awak faham kan... Bila buka tudung/dedah aurat sebenarnya kita ingin menunjukkan rupa paras yang cantik atau 'cun gila' kata orang? Subhanallah... adakah ini jawapan yang baik untuk seseorang Wanita Muslimah? Wanita berhias, bercantik, bersolek tak dimarahi oleh Islam.. tapi perlu sesuai dengan tempat dan masa. Bersolek untuk menunjuk-nunjuk pada orang yang mahram (boleh dikahwini)tak elok. Bercantik-cantik untuk tunjuk pada orang yang mahram?(boleh dikahwini) tak elok. Contoh tempat yang dibolehkan ialah berhias/bersolek /bercantik untuk seseorang ialah kepada suami tercinta di rumah... Itu satu contoh yang mudah.

Untuk menghapuskan dosa awak yang telah lalu ialah dengan cara Bertaubat. Saya telah menerangkan sedikit sebanyak tentang bertaubat dalam emel lepas. Jika, benar-benar awak bertaubat dengan taubat "nasuha" iaitu taubat yang suci murni tulus ikhlas pada Allah, Insya Allah tanda-tanda keikhlasan taubat awak itu akan kelihatan selepas itu. Awak akan berasa takut untuk membuat dosa. Awak akan rasa sensitif sekali untuk mengulangi dosa yang lalu. Awak tentu akan rasa selesa sekali pabila yakin yang dosa awak akan diampunkan Allah kan? Oleh itu bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat kepada Nya.

Sayalah yang berkaca mata tuh....(berangan)

~Renungan buat diri sendiri jugak...Saya sendiri masih teraba-raba mencari sinar sebagai penyuluh jalan menempuh jalan kehidupan....