Saturday, November 13, 2010

The more the merrier

Assalamualaikum
Hari ini, aku dapat adik lagi. Wee...meriahnya.The more people there are, the happier the situation will be..Tahun nih, aku dapat 3 orang adik lagi.. 2 orang perempuan & sorang lelaki. Bayi lelaki tuh lahir hari ini. Hari ini,aku nak coretkan nama-nama adik aku. Buat kenang-kenangan supaya kalau terlupa, boleh semak balik kat dalam buku conteng nih...

Abang sulung
  1. Nur Hazirah
  2. Muhammad Haziq Iqbal
  3. Nurina Irdina
Abang ke-2
  1. Muhammad Arif Ikmal
  2. Muhammad Arif Haikal
  3. Muhammad Hariz Adli
  4. Muhammad Afiq Hakim
  5. Bayi lelaki lahir hari ni
Abang ke-3
  1. Ain Umaira
  2. Maisyara
  3. Nurfarahin
  4. Khairunnisa'
  5. Hana Zuhaira
  6. Aida Khalida
Kakak Pertama
  1. Muhammad Farhan Fikrie
  2. Muhammad Fauzan Fahmie
Kakak Kedua
  1. Anis Aziela
  2. Alia Afieqa
Kakak Ketiga
  1. Zek Zikry
  2. Zafran Zaffie <----kakak aku suka watak Carl Zafran dalam novel Cinta Pertama
Kakak Ke-empat
  1. Muhammad Irfan Fitri
  2. Muhammad Raziq Helmi
Kakak ke-lima 
  1. Muhammad Hariz Idlan
  2. Hani Aleeya
Total: 24 orang 


Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15). Anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda: “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat: “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata: “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” (Maksud Al-Hadith).

Tahun depan, turn abang aku yang ke-empat pulak naik pelamin.. Akak sulung aku pon bakal berkahwin lagi tahun depan...Ya Allah,mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kami..Amin