Tuesday, November 9, 2010

men-nyah-jiwang-kan karangan

Assalamualaikum

Testing..testing...cubaan men-nyah-jiwang-kan karangan...(hakikatnya memang jiwang-tak boleh diragui) Haha...Okay,demi untuk menyerlahkan kemachoanku, aku akan belajar untuk berubah. Cubaan pertama nih, aku nak tulis TENTANG AKU.

kenapa aku selalu perasan macho?
Aku kena pikirkan yang aku macho-kacak-cun supaya aku tak takut berhadapan dengan orang. Aku amat berterima kasih dengan sorang kawan aku yang memotivasikan aku. Dia ex-MPP kat uni tempat aku belajar nih.Dia blogger gak! Tapi aku takut nak kasik link dia ke korang sebab aku maen sembunyi-sembunyi dengan dia. Haha...Aku baca belog dia. Aku tinggalkan komen. Pastuh aku larik!

Kitorang kena buat direct selling sepanjang satu semester. Aku jadi Penolong Pengarah. Assistant boss.Bos aku baik weyh. Muka macam Jehan Miskin. (takleh cite lebey2,kang aku terkantoi) Ada empat orang lelaki & aku sorang je perempuan. Giler memang giler. Aku nih dah la penyegan...Diorang tuh pulak otak giler-giler. Kalau berbincang tuh, selalunya menyimpang dari tujuan asal. Haha...Sejak itu,aku semakin paham LELAKI. Kalaulah aku nih jenis cepat merajuk-cepat terasa, memang takkan happy bergrouping dengan diorang.

Pernah sekali tuh, aku mandi lambat. Normal la kan.Cuti-cuti hujung minggu. Bangun awal. Tapi, lambat mandi! Jimatkan air! Masa tengahari,boss aku call. Ajak jumpa & berbincang. erk,takkan nak jumpa tanpa mandi..uwaa....akhirnya aku mintak excuse datang lambat. Sebab nak mandi. Amek kaw. Sebakul kutukan aku terima. Aku tadah je sambil senyum...cool kan?? hahaha...dalam ati bengkek je!

Pengalaman tuh sangat bagus untuk aku yang pemalu & penyegan nih! Sejak tuh, aku cuba kurangkan sket-sket perasaan malu untuk bercakap...malu untuk bergaul...Tapi,aku masih pemalu. So, had macho aku ada batasnya! Takde lah sampai main aci redah je...tepuk-tepuk bahu kawan ajnabi. Sekeh-sekeh kepala kawan yang bukan muhrim..Bahasa pon aku jaga seboleh mungkin. Setakat bengong, ngok ngek, senget, sengal tuh boleh digunapakai lagi....




Okayh, aku malas nak membebel tapi kadang-kadang terpaksa membebel sebab kawan baik aku suka kalau aku membebel.Kadang-kadang je la!  Nampak macam aku nih caring sangat.haha..yek!