Tuesday, November 9, 2010

Kerana ingin CANTIK, kadang-kadang kami bertelanjang

Assalamualaikum
 Minggu nih aku asyik menconteng tentang cinta je kan? Hati tengah berbunga-bunga bak kata Mr Don Duck..haha...Minggu nih memang aku asyik dikunjungi berita-berita kebahagiaan... Alhamdulillah...

Pesanan aku, berhati-hatilah dalam memilih calon pasangan. Jangan terlalu fikirkan kesportingan & keseronokan dunia je...Pilih-pilihlah calon yang boleh mengingatkan dikau tentang dosa-pahala... Kalau yang lelaki tuh, bertegaslah! Jangan diikutkan sangat rentak bini yang suka pakai baju singkat-singkat. Ingat! Kaw pemimpin...Pimpinlah...bimbinglah isterimu ke jalan yang diredhai menuju ke syurga abadi... 

Lelaki...Janganlah dikau biarkan kami hanyut dalam dunia fesyen yang merosakkan. Kadang-kadang kami lalai dek kerana ingin CANTIK. Kerana ingin CANTIK, kadang-kadang kami bertelanjang....

‘Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.” (HR Muslim)


Kawan aku kawen
Mode: seronok mendengar cerita si rumate. Pakwe dia nampak biasa-biasa je tapi amat menjaga soal adab & agama...bai...