Friday, November 12, 2010

Arisa Mihashi: kenapa aku selalu tak dapat apa yang aku nak.?

Assalamualaikum
Salam Jumaat...
Aku cuma nak ulas status kawan baik aku nih. Namanya Arisa Mihashi.

Cik Jari: Ape yang ko nak?
Arisa Mihashi: aku nak rumah besar,kete besar,suami kaya,anak2 comel+genius.erk.

Sebenarnya, dalam dunia nih, ada 7 Kebahagiaan yang patut kita capai.Kalau tak dapat capai semua, jangan tinggalkan semua. Jom berusaha untuk mendapatkannya...

Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
Al malul halal, atau harta yang halal
Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Selain itu,
hadis Rasulullah SAW:

Empat (4) perkara yang mendatangkan kebahagiaan adalah: 
1 – Isteri yang solehah
2 – Rumah yang luas
3 – Jiran tetangga yang soleh (baik), dan 
4 – Kenderaan yang selesa.

Dan empat (4) perkara yang mendatangkan kesengsaraan adalah:

1 - Isteri yang buruk akhlaknya
2 – Jiran tetangga yang jahat
3 - Kenderaan yang buruk, dan 
4 – rumah yang sempit (tidak selesa).”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban. Hadis daripada Sa‘ad bin Abi Waqas radiyallahu ‘anhu, dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth di dalam Sahih Ibn Hibban. Juga dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah Hadits ash-Shahihah)

Dari hadis ini, yang dimaksudkan dengan isteri yang solehah, sudah tentu isteri yang memahami persoalan agama dengan baik, mengamalkan ilmunya (taat) dan sangat komited dengan kedudukannya sebagai seorang isteri.

Rumah yang luas adalah rumah yang sentiasa terisi dengan sifat qana’ah, terisi dengan aktiviti yang dicintai Allah, suasana yang tenteram dan ceria, dan kemudahan yang baik.

Kenderaan yang selesa adalah sebuah sarana yang sangat penting bagi tujuan kelancaran pengangkutan dan hal-ehwal urusan serta tugas seharian.

Jiran tetangga yang baik adalah merujuk kepada soal pergaulan yang baik dan kehidupan bermasyarakat di atas etika syari’at yang betul.

Dengan itu, apa yang sebaliknya adalah merujuk kepada unsur-unsur yang mampu mendatangkan keburukkan sekaligus jauh dari nilai-nilai sebuah kebahagiaan.


Isteri solehah,kamar tidur yang luas
Ruang tamu luas menggambarkan rumah yang luas
kereta yang luas?
anak-anak penyejuk hati
Suka tengok pasangan ini
kawasan kejiranan yang bestt!

Nak baca kisah cinta Ustazah & Ustaz Semanis Kurma? Klik sini
Sekian...