Thursday, October 14, 2010

Tolong Baca sampai Habis...Penat weyh taip panjang-panjang...

Assalamualaikum

Hari nih aku bangun awal. Pukul 4.00 pagi. Bangun-bangun, terus pergi bilik air. Mandi. Lepas tuh, aku jerang air. Rendam bihun. Owh, hari nih aku nak masak bihun goreng. Hubby aku suka bihun. Anak aku yang 2 orang tu pulak, memang suka makan bihun goreng letak kicap....erk,suami? anak? bila masa lak aku menikah? hahaha, sori...ini entry berangan. Pengaruh dari Hiro yang suka sangat berangan kawin awal!

Sebenarnya, ada satu rahsia besar yang aku simpan dari pengetahuan siapa-siapa. Aku pernah tengok aksi lucah seawal darjah 3. Ye, masa umur aku 9 tahun. Masa tuh,rumah aku mana ade internet.Komputer pon aku baru je kenal masa tuh. Tuh pon takde talian tenet. Yang aku reti, cuma painting & tulis-tulis guna Window 97. Tu pon dah terasa bangga giler sebab akak-akak aku dulu, mana merasa nak kenal komputer masa kat sekolah.

Haaaa,kat mana aku tengok aksi lucah tuh? Aku skodeng rumah jiran sebelah ke? TAKLAH! Aku baik je dengan jiran sebelah yang suka bagi aku kuih karipap & nasi lemak free.

Kat mana aku tengok??
Okaylah, aku cerita. Masa tahun 1997, aku & segerombolan famili aku telah pergi ke Butterworth,Pulau Pinang. Nak melawat akak aku kat sana.Akak aku baru bersalin masa tuh. Maksudnya, bapak & mak aku dah jadi datuk & nenek. Aku? Aku Maksu lah!.Okay, dah sampai kat stesen bas Butterworth (stesen bas yang dah terbakar tuh!)...crowded sangat. Kitorang semua tunggu kat parking lot. Masa tuh Penang belum maju. Takde lagi kad gores & menang untuk sewa parking. So, kalau nak bayar, kena bayar kat pondok. Haaaaaaaaa...jeng...jeng...jeng.....kat tepi pondok tuh la,aku nampak aksi lucah!

Okay...masa tuh aku tak pandai lagi nak define 'lucah'....bila dah tua sikit,baru aku tau yang perkara tuh dianggap lucah.Ape bende yang lucah?

Kena bagitau ke?? Ok,aku bagitau lah. Aku nampak sepasang remaja yang berciuman mulut-ke-mulut serakusnya! Gila ah... takpe ke aku berterus-terang nih? yeah, mata aku sangat alert. Aku suka observe orang sekeliling. Mungkin terlalu banyak sangat meng-observe, maka Allah kurangkan tahap penglihatan aku. Dan jadilah aku perempuan si rabun jauh. 

Berbalik kepada cerita tadi,mungkin sebab Penang banyak pelancong asing. Sebab tuh la diorang advance sangat benda-benda macam nih. Aku duk kampung. Otak suci lagi masa tuh. tengok TV pon bertapis-tapis. Sejak aku faham term 'lucah', aku mula assume remaja-remaji Penang nih Teruk! Jangan salahkan aku! Aku belum baligh masa tuh! 

Ok,cerita dah habis. Aku nak kaitkan cerita nih dengan info yang aku jumpa kat blog joe. Tapi,tak taw lah samada berkaitan atau tak. Sekarang nih,dah masuk 3 tahun aku jadi orang Penang. aku masih peng-observe yang setia. Mat Salleh memang suka show off dia love-cinta-berahi depan orang ramai. kot! Dalam feri, selamba badak je kissing-kissing -hug-hug...budak-budak sekolah yang kecik-kecik seronok je tengok. Wayang Free kata deme! tak payah tengok Titanic! & tetiba, rasa nak cube la....Adik sayang makwe adik, adik nak cium makwe adik,boleh tak kakak???  Gila! Gila! Gila!

  • Some Form One students (13-year-olds) at a secondary school in PJ had a competition to find out who has had the most sexual partners. You know how many partners the winner apparently had? Thirty! And she’s only 13

  • A study done by Universiti Putra Malaysia revealed that more than 300 Malay teens aged between 13 and 25 admitted to having had sex, with 85% stating that they did not regret their actions and found sex very enjoyable.

  • This was followed by a news report of a nine-year-old girl in Penang who allegedly gave birth in a hospital after sleeping with her 14-year-old neighbour.

  • Welfare Department statistics reveal that by April this year, a total of 111 young girls have sought help for their pregnancies. Last year, there were 131 cases received while in 2008, there were 107 teenage girls who got pregnant.
Anak-anak buah aku kian membesar. Siyes, aku risaukan diorang. Pengaruh TV terlalu kuat. U-tube ape tah lagi. Kecik-kecik dah pandai bukak You-tube. Dulu-dulu, diorang cuma pandai eja 'Ben 10" then kuarlah katun ben10. sekarang nih, dah pandai eja "Remp-it".....pengaruh TV kan???


~Guna 'aku',sebab mood TEGAS!...bukan Garang.