Monday, October 11, 2010

Tak Aci la camtuh!

Assalamualaikum
Selamat datang Minggu baru. Selamat datang Isnin. Semoga Minggu ini kita semua akan menjadi lebih baik daripada minggu-minggu yang sudah berlalu. InshaAllah.

Erm,
Sebelum nih Cik Jari pernah kabo tentang cerek letrik disita & kena bayar denda RM50 tuh kan? Erm, Cik Jari tak bayar pon denda tuh. Sekarang nih pinjam cerek rumate je. Pelik gak sebab cerek rumate tak dirampas. Dalam surat saman rumate, penggawa just tulis " sila bayar denda RM50 kalau nak guna cerek ". Kalau korang, nak bayar ke? Padahal cerek tuh dok ade je atas meja.

Tak aci kan?
Tapi redha je lah.

Jiran yang duk selang 4 pintu dari bilik nih,takde plak dapat surat saman tuh. Walhal dia pun ade cerek letrik gak. Letak atas meja gak. Tak aci kan? Huh. Seb baik lah iron tak dirampas. Padahal,kalau ikutkan peraturan hostel, iron tak dibenarkan dibawak ke hostel sebab dah ada bilik menggosok kat setiap aras.
Tapi,
IRON KAT PANTRY ARAS 4 DAH ROSAK.

Luckily my iron tak dirampas. Kalau tak,berkedut -medut lah baju & tudung.
So,tadi dengan ayat yang kurang tersusun & agak brutal, ada Hamba Allah nih telah mengadu kepada Pihak Pengurusan Hostel...

Kita tunggu je lah esok samada dapat iron baru atau masih iron lama yang sejuk tak berguna!

Sekian,
Selamat kembali ke kuliah wahai kawan-kawan tersayang.
Belajar molek-molek deh!
(Pesanan untuk diri sendiri jugak!)