Wednesday, October 20, 2010

Soalan Seram lagi mendebarkan.

Assalamualaikum
Selamat Hari Rabu. Cepat sungguh masa berlalu.Malam siang silih berganti,akhirnya sampai ke penghujung bulan Oktober.Selamat bakal tiba wahai bulan November. Bulan peperiksaan. Bila hampirnya peperiksaan, maka demam-selesema-batuk-sakit tekak pon mula melanda. Tension mula hadir dalam diri. 

Owh,hari ini tak mahu cerita tentang kisah peperiksaan. Malu! Kawe bukang plaja pintar! kawe cuma plaja cerdik hok yang suka mari kelah awal. haha...kecek po ghapo... haha.Saje test kecek qlate sebab ada yang menyangka bahawa Cik Jari nih asal dari Qlate.

 Salah!Salah!

Cik Jari berasal dari Perak...Tapi,dah bertahun-tahun berkawan rapat dengan mek qlate & pernah bergewe ngan abe pasir Mah...hahahaha....*statement berani kerana benar

Banyak istilah qlate yang Cik Jari tak paham pada mulanya. Contoh: Make Pom/pong!  he told me, istilah tuh bermaksud sejenis makanan yang diperbuat dari ibu kayu. Ceitt. Cik Jari caye 100% tanpa syak wasangka.Padahal,maksudnya lain kan??? 

Kesimpulannya: Now i know, pasai pa my mum mengharap sangat dapat menantu bongsu dari Perak jugak. Salah satunya ialah faktor bahasa. Bab makanan pon satu hal jugak. Ada certain food yang tekak Cik jari tak boleh terima. Kalau paksa gak,maybe boleh menyebabkan muntah. hehe...Alasan...

Tapi, my sis pesan, nanti kalau dah kawin, kita tak boleh ikut selera kita je, kenalah layan selera suami. Tu yang paling penting. My sis belajar masak sambal tempoyak  just for her husband ,padahal dia tak makan pon tempoyak tuh.

 erk...mak mertua kecik ati tak kalau kita ta jamah masakan dia??? andaikan dia masak jering berlada. Kita nih plak,jenis tak makan ulam-ulam yang camtuh...

Hehe...kan dah mula pikir pasal kawen. Study pun dah nak abes. InsyaAllah. Sem nih pulak,belajar subjek Munakahat. So,memang kena pikir pasal kawin la kan? Tapi belum cukup syarat lagi lah. Sebabnya, calon pengantin lelaki masih belum ada.

Erm,berkaitan calon nih samada laki atau perempuan,Kita selalu pikir mahu yang baik-baik kan? Tapi, masalahnya kita nih baik sangat ke???Okay, Cik Jari pernah ditanya beberapa soalan seram oleh beberapa orang kenalan lelaki. contoh soalan kategori seram: Pandai masak tak? Dah berapa kali khatam quran? Awak  constant pakai sarung kaki tak? Awak biasa  pakai jubah tak? erk, tetiba rasa rendah diri sangat.....takpelah...saya nak runaway.....


takut nak kawin tapi teringin nak anak comelll

Sekian...entri yang senget.
korang pernah disoal camtuh gak ke? Memang camtuh ke soalan untuk bakal isteri/suami??