Thursday, October 7, 2010

...Usah dikenang...

Assalamualaikum

Esok,genaplah 4 kali Jumaat. No more Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ke-busy-an makin menghimpit. Bye-bye nasi himpit kuah kacang. Ohh,kawan-kawan dah mula menaip resume. Dah start hantar resume. Saya? Nak jadik CIKGU. Harap-harap ada rezeki. Mengajar budak sekolah rendah dengan gaji yang kecil tapi saya sangat  teringin untuk mencipta pengalaman itu. Moga Allah makbulkan doa & impian saya.

Oh ya, pernah jadik Minah Kilang. Tapi seminggu je. Haha, bestt tapi lenguh-lenguh. Kena berdiri lama-lama. Tak pandai curik tulang sebab budak baru belajar. Best jumpa ramai kawan. Kawan dengan MakCik-MakCik...Baiklah,cukup setakat ini. Pengalaman dah lepas. Dah puas kene kutuk. kene keji dengan kaum famili. Tapi saya tetap puas hati. Saya dapat rasa betapa penatnya akak saya & abang saya mencari rezeki. Beri saya duit belanja tiap bulan. Sekarang diorang dah keje senang. Alhamdulillah.

Oh ya, saya nak cakap Saya Tak Suka Minah Rempit. Walaupun saya sangat suka bawak moto laju-laju. Lumba dengan mat motor yang kunon-kunon  interview saya  masa kat traffic light. Padan muka!! Kan dah kalah. Saya bawak moto baru. Kamoo bawak moto usang! Sekarang saya benar-benar bertaubat. Bawak moto pon takut. Bawak keta langsung tak ingat. Mungkin perlu lebih praktis lepas nih. 

Kenapa saya benci minah rempit? Sebab mereka rempit tapi tak cekap. kalau betul-betul cekap, takkan sempat merempit sambil ber-SMS. Pastu langgar orang. Pastu takut. Pastu terus hilangkan diri & moto sekali. Kesian Pak Cik Ghafur. Masuk ICU. Patah jari. Patah tulang rusuk. Bukan totally nak salahkan Minah Rempit tuh, tapi...

Sekian,
Maafkan saya kerana kerap sangat menconteng cerita luahan hati sejak akhir-akhir ini. Saya cuma ingin meluahkan di sini...