Saturday, October 9, 2010

Sayang Anak, Dodoi-dodoikan...Sayang Isteri???

Assalamualaikum

Takde bende nak cerita tapi masih juga bersemangat untuk menaip. Erm, tukar background lagi. Suka macam nih. Putih.Cerah je. Ade beberapa kuntum bunga daisy kat belah kanan & kiri. Walaupun bukan minah bunga tapi kadang-kadang suka jugak tengok bunga. Kalau nak suruh gubah bunga, memang awal-awal lagi dah surrender.

Beberapa hari lalu, my sista text me. Dia suruh online. Rindu katanya. (ahaks,ada gak yang sudi merindu). Maka, kami pon bersembang-sembang di kotak bual. Akak yang nih kawin masa umur 22 tahun. kawin muda. Sekarang dah berumur 27 tahun. Dah ada dua orang anak. Maka, dah malam-malam, bila anak-anak kecil dah tidur, barulah dapat online

Waktu anak-anak masih kecik, memang menguji kesabaran kan? Kadang-kadang baru je terlena, tiba-tiba anak meragam tengah malam. Sudah ditukar lampin tapi masih jua menangis, sudah kenyang disusukan tapi masih juga celik, sudah dibuai & didodoikan tapi masih juga senyum merengek-rengek...Arghhh,tension!! kan?? 

Haha...cerita ini bukan berdasarkan pengalaman sendiri tapi berdasarkan pemerhatian sepanjang bergelar MakCik. erm, dah 13 tahun cik Jari dapat title 'Mak Cik'. Masa pertama kali dapat anak buah, masing-masing berebut nak mendukung si bayi. Jakun barangkali. Haha...Sekarang nih, dah ada berpuluh-puluh anak buah. Dah tak hairan. Dah kurang excited untuk mendukung bayi. 

Oh ya, Cik Jari berkongsi tarikh lahir dengan sorang anak buah.Dia lasak. Dia ceria tapi cepat sensitif. Cepat merajuk. Cepat tumpah air mata. Dia seolah-olah pantulan kepada diri Cik Jari masa zaman dulu. 




Sekian,
Selamat Berhujung Minggu.
Semoga Pengantin Baru AngkaSAWAN Negara...