Friday, October 1, 2010

Oh Lelaki!

Assalamualaikum
Salam Jumaat. Mudah-mudahan anda semua masih sihat & bersemangat untuk hidup. Kepada yang sedang berpuasa: pujuk-pujuklah perut supaya bersabar menunggu waktu berbuka, kepada yang sedang kecewa: belai-belailah hati supaya tabah walau disakiti, kepada yang sedang bahagia: janganlah pula hanyut dibuai rasa & kepada yang sedang menaip ini: Rajin-rajinkanlah diri untuk studi.Final Exam tinggal sebulan je lagi.((argh,tension!))


Ok,saya jumpa artikel yang best untuk dikongsi. Berguna buat kita kaum wanita untuk memahami kaum lelaki yang kadang-kadang sukar untuk dimengerti. Ahaks, selamat membaca & selamat berumah tangga. haha.
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Yeah...sayalah si Macho

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia
berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami. Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita disisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya,jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.
Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
•Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri tanpa sedikit keterpaksaan.
•Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
•Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
•Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

  • Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
•Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
•Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
•Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri.

  • Merasa lega bila pasangan memujuknya. <-----ngade-ngade kan?dush!dush!
•Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
•Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
•Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.


wahai PUTERIKU..demi ALLAH..jangan engkau percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki..bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab..
Bicara denganmu seperti sahabat..dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab..sebenarnya..mereka BOHONG!!
Jika engkau mendengar sendiri bualan mereka..pasti engkau takut dan ngeri..
Hanya di tanganmu pintu sgala kebaikan...Bukan di tangan kaum lelaki.."
~ALI THANTAWI~

Pesanan buat blogger boy yang sedang membaca:
Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki sejati.


anyone leh tolong huraikan statement di bawah??
..seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh...
..seorang wanita yang jahat adalah lebih keji daripada 1000 lelaki yang keji........


~Sekian,bingkisan kopi pes dari saya.

Pergi ke kedai naik basikal,
Lopak dilanggar dengan selamba,
Cik Jari pandai naik basikal,
Jom kita lumba!