Saturday, October 23, 2010

Menconteng dengan Paint...

Assalamualaikum

Selamat bercuti kepada yang cuti. Malam nih,nak edit entri pagi tadi. Petang tadi, Kak Long datang menjenguk lagi. Kak Long datang dengan buah tangan penuh satu beg. Hehe...Thanks kak Long.



Hehe,malam nih aku nak cerita satu cerita cinta. Blog aku nih memang direka untuk meluahkan rasa suka-duka selepas aku kecewa. Ahahahaha...Sebenarnya, hanya ada sorang yang betul-betul aku sayang selama nih. Aku sayang dia,luhur dari hati. Sebab tuh,aku susah sangat nak melupakan dia. Mak aku sedia maklum tentang perkara ini sebab aku frust sangat masa tuh. Sampai hilang selera makan. Senang cita, macam orang dalam iddah selepas kematian suami...haha....berkabung kat rumah.  

Baru-baru ini,aku ada sembang dengan Akiey tentang 'dia' yang aku sayang. Memang susah nak lupa... Kebetulan Akiey kenal dengan akak angkat 'dia' nih. So, kira ade link la dengan Akiey. haha, tapi Akiey tak tau yang aku pernah jumpa 'dia'...Aku bgtau Akiey bahawa Cinta aku luhur. Walau dia dah ada insan lain, aku tetap hepi...sebab sekarang aku dah boleh terima hakikat bahawa Menyayangi tak bererti Memiliki.

Sekarang nih, aku masih lagi menghulur bantuan jika bantuan aku diperlukan. Kawan aku kata, 'dia' sekadar mempergunakan aku untuk kepentingan 'dia'. Jawab aku : Apa guna kawan kalau tak disusahkan. Haha, nampak sangat aku menangkan 'dia' kan? Kan dah bagitau, cinta aku luhur....Aku dah tak mengharap apa-apa dari 'dia'. Aku cukup suka kalau dia bahagia. Pernah juga berputik rasa cemburu tapi cepat-cepat aku halau perasaan itu. Aku tak pernah paksa 'dia' untuk sayang aku. Aku tak pernah kejar 'dia' untuk mendapatkan 'dia'...Aku biarkan 'dia' bahagia dengan kehidupan yang 'dia' pilih. Cuma kadang-kadang, aku titipkan mesej beserta mutiara kata indah untuk sama-sama mengingatkan diri supaya tidak alpa dengan dunia. Itulah gunanya kawan kan???




A'ah, aku tak sihat sejak akhir-akhir ini. Lenguh-lenguh sendi kaki. Mungkin kurang kalsium. haha, aku dahla jarang-jarang minum susu tepung. Aku lebih suka Kopi Lingzhi yang menyegarkan mata. Mataku yang rabun. haha...Adik aku kata, aku lagi cantik kalau pakai cermin mata....(yeah,adik aku memang pandai goda aku...Nah,duit raya singgit!)...Aku pulak,rimas kalau pakai cermin mata. Tapi, kalau tak pakai, aku bukan nampak sangat pon. Dah rabun jauh tahap maxima kot....

Sekarang nih, masih batuk-batuk. Aku takut kalau-kalau batuk aku melarat. Aku dah makan ubat. Ubat tuh macam ubat tidur. Kalau minum je, gerenti ngantuk sampai tengahari esok..kalau asyik ngantuk & tidur je, bila masa lak aku nak study,kan??? hahaha...logik tak alasan aku...ceitt,jangan sokong alasan nih la.... Ingat ye, pelajar rajin, akan mencari jalan, pelajar malas,akan mencari alasan.... Dah!Dah, jangan cari alasan. Contohi Hanis Zalikha ye kawan-kawan. Walaupun busy-kaya & menawan,tapi tetap bijak dalam pergaulan & pelajaran.....



Cuba teka,di manakah saya???


Sekian contengan panjang berjela dari Cik jari.Maaf ye, penggunaan 'aku' di atas... Thanks to all yang sudi ke mari...Owh, Mr D dari DKDM kata, Cik Jari tak boleh kawen lagi...sebab masih belum pandai masak rendang....baik..baik...baik....Fokus untuk masak dengan jayanya nanti.....haha....Stay Tuned my beloved reader....