Wednesday, October 6, 2010

Masalah Remaja Remaji

Assalamualaikum

Penat! 
Hati mula cuak.
Exam dah dekat.
Assignment masih tertunggak.
Test melambak-lambak.
Henpon bukan lagi kawan rapat.
Laptop menjadi teman akrab.

Uwaaa....hari ini terasa sangat letih. Sangat lenguh. Mungkin sebab jalan laju-laju,daki bukit,daki tangga. Setel hal akademik. Uhh,tak setel masalah lagi. 
Cuba korang baca masalah di bawah & sudi-sudikanlah meninggalkan komen yang bernas. Terutamanya akak-abang yang singgah kat sini.

Masalahnya:
Saya pernah berdoa, "Jika dia benar-benar jodohku, maka dekatkanlah hatiku & hatinya. Namun,andai bukan dia yang terbaik untukku,maka KAU palingkanlah hati kami daripada saling mengingati." Macamana saya nak berterus-terang? sungguh! saya tiada hati...tapi saya tak sampai hati nak berterus-terang...Sungguh...Saya trauma.Saya hanya senyap sunyi tanpa sebarang khabar dengan harapan dia faham. Tapi,saya rasa dia tak paham sebab dia masih setia menghantar mesej dan emel.Buat pengetahuan saudara/i, Cinta bukan lagi perkara penting dalam hidup saya. Namun,saya tidak menidakkan bahawa perkahwinan itu suatu sunnah dan amat dituntut..Saya cuma belum terbuka hati...Bantulah saya...

sekadar gambar hiasan

kini ku sedar,
ku sangat gembira dikelilingi/disamping budak-budak!
Saya nak jadi cikgu tadika,
boleh ke?