Saturday, October 2, 2010

Maafkan saya,saya pernah buat silap.

Assalamualaikum
Hari ini,terasa ingin menconteng sesuatu yang lahir dari hati. Bukan fakta & sekadar contengan sesuka hati sesedap rasa.Cukup rasa. Sebenarnya tak perlu baca pon takpe sebab saya rasa takde mende yang berguna pon dalam entri nih tapi saya nak menconteng juga untuk legakan hati...tenangkan hati...buangkan sekupang! sekupang = 10 sen = 10 cent = Tension!

Tension tapi tak pernah pon nak luahkan. Tension tapi muka takde perasaan. Takut tapi muka tetap selamba. Memang sesuai lah dengan nama "Cik Jari" kan?? Jari takde perasaan tapi jari perlukan penjagaan.Perlukan losyen supaya tak kering dipanah mentari.Tapi boleh ke si Jari demand nak losyen Nivea, taknak losyen baby? Boleh ke? Tak boleh kan?? Tapi, kalau Jari tuh tak serasi dengan losyen yang ditenyeh,Jari akan jadi kering & merekah. Sapa yang merana?? Jari jugak kan??? Kesiannnn Jari....

ok, itu baru intro. Jom masuk perenggan Isi. Isi pertama adalah tentang ....erk,tak jadi la nak cerita. haha, tetiba teringat pesan Rio..Rio macam ((macammmm je la nih)) pernah pesan, jangan cerita sangat masalah hati bla..bla..kat dalam belog nanti jadi makin teruk lagi. Yeah, saya rasa saya setuju dengan Rio,walaupun saya rasa beliau dah lupa entah bila dia komen/pesan macam tuh. 

Okay, saya cuba untuk okay. Saya belajar untuk okay. Uhuk..Uhuk..hidup nih bukan untuk bersuka-ria sepanjang masa, perlu ada masalah untuk diselesaikan barulah kita faham erti hidup kan?? Owh, tetiba saya teringat kat ex-rumate saya...Dia paham saya. Saya paham dia. kalau saya balik dari kelas dengan muka takde perasaan tanpa senyum.tanpa sepatah kata. Yeah, dia paham saya sedang dilanda Ribut taufan!Sila jangan tanya kenapa. sila buat-buat tak taw je. nanti saya jadi sedih. nanti saya mula menangis.Dan akhirnya, kau pon rasa nak nangis,kan rumate??? hahaha...((erk,kan dah ternangeh))

Arghh...korang mesti fikir,Cik Jari ada masalah cinta kan? Huh,buang jauh-jauh anggapan korang tuh. Cik Jari dah graduate dari University of Love. InsyaAllah,dah boleh jadi Misi (nurse) Cinta. haha...Masalah Cik Jari nih kecik je bagi orang yang tak melaluinya. Tapi,bagi Cik Jari yang tetibe terasa sangat dengan perubahan diri nih,terasa amatlah jauh dari DIA.

Sungguh! Saya tak reti nak luah, tapi lagu RINDU-Hijjaz tuh ibarat luahan hati ini. Saya nak hati yang lunak macam dulu. Saya sedih! Lebih dari sorang tuduh saya macam-macam. Syak saya macam-macam. Gila!!!!!! Saya perempuan yang punya harga diri. Ahh, saya tak pernah kisah dengan gelaran sombong. Tapi,tolong jangan tuduh saya macam-macam. itu Fitnah!! FITNAH!
Maaf,saya tak boleh cerita semuanya sebab takde sapa dalam dunia nih yang saya percaya 100%...kalau saya cerita pon,mungkin partly...tak pernha full version. Maaf kawan-kawan. Saya hanya percaya pada DIA. Maka jangan pelik kalau aku nangeh teresak-esak lepas solat. Sebab aku tengah mengadu. Mengadu pada KEKASIH sejatiku...


Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan


Sekian,
Maafkan saya,saya pernah buat silap.