Tuesday, October 5, 2010

Kisah Disebalik Jari-jemari.

Assalamualaikum.
Hehe,korang perasan tak perubahan kat dalam "Buku Conteng Cik Jari" nih?? Haha,perubahan yang amat ketara adalah pada header. Hehe, lau lukisan tuh lambat loading, sila inform ye. Saya budak baru belajar, jika salah tolong puji & tegurkan.

Baiklah, malas nak bebel panjang-panjang, mari kita lakukan regangan jari-jari tangan.

1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung..”Allahu Akbar”. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

4. Then tengok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la dengan usia remaja..semuanya sweet..manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga degan cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30’s kita dah punya status & ekonomi & career yang stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali jari telunjuk, see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh &
tauladan pada jari2 sebelum ni.Macam tu jugak degan kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dengan idea bernas & a great mind.

7. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

~Sekian,
Sesungguhnya setiap ciptaan yang diciptakan oleh Allah adalah sebagai suatu tanda kebesaran Nya...
kalau jari telunjuk korang lebih panjang daripada jari manis,itu menandakan bahawa anda seorang yang Bossy.