Thursday, October 7, 2010

Hari Ini dalam Sejarah

Assalamualaikum
Apakah definisi bahagia? Bahagia bermaksud jiwa tenang kerana buat perkara yang betul dan gembira disaat melihat orang yang disayang tersenyum ceria.

Hehe,
yeah...Hari ini merupakan birthday my sista. Dilahirkan pada tahun 1975. Seorang akak yang prihatin akan adik-adiknya. Merupakan anak yang ke-5 dalam keluarga. 

Cincin kawen kot.
Antara nasihat beliau yang masih melekat dalam kepala ialah:

"Jangan terlalu berkira dengan adik-beradik"... 

Motif?? Masa zaman kanak-kanak dulu, adik dia nih terlalu berkira. Haha, ada suatu hari tuh, Akiey(my bro) berkenan kat pemadam @ something hak milik Cik Jari.. Maka, Cik Jari pon berkata, "kalau nak,kenalah beli."..Means, Cik Jari cuba-cuba untuk dapatkan untung dengan menjualkannya kepada abang sendiri. But terkantoi dengan si akak nih. Dia bagi lecture.  Sejak tuh, insaf dan bertaubat... haha...

Semoga Bahagia ke akhir hayat.
Dear my sista,
Selamat Hari Lahir. Moga dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang bagus supaya dapat beribadat dengan sempurna. Semoga kebahagiaan yang dikecapi akan berpanjangan hingga ke akhir hayat & semoga hidupmu diredhai Allah selalu...Amin...

~ Alhamdulillah,syukur nikmat.Kepada Tuhan yang memberi rahmat...