Monday, October 11, 2010

Bila Jiwa Bersedia, kekasih tiba

Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan sekalian?? Hehe, dah lama tak bertanya khabar kan? Cik Jari harap agar korang semua sihat dan bersemangat untuk hidup. Lately Cik Jari gemar sangat minum kopi, sebabnya, tubuh akan rasa segar & bermaya untuk study & buat kerja yang merepek-repek. hehe, tapi si Ah Kaw pernah pesan : "Jangan selalu minum kopi, nanti anak itam!" Haha, walaupun nasihat tuh, terlalu 'sopan' tapi Cik Jari tetap hargai.

Malam nih, tangan nak menaip lagi. Menaip tentang Cinta Tak Bersyarat. Boleh? Heh, my bro selalu sangat sindir-sindir pasal cintan-cintun nih. Bosan kot sembang-sembang pasal cinta gedik-gedik nih kan? Haha, tapi kalau tengah asyik-masyuk dengan dunia percintaan, mestilah rasa seronok-excited-mata bersinar-sinar je. Yang jadi tak seronok bila putus cinta. kan??? 

Tapi, tak jugak! kalau kita betul-betul nak ikut syariat agama, kita mesti sanggup putus cinta demi dapat cinta sejati bila kita dah ready nanti. Paham tak nih?? Ayat nih belit-belit kan?? Ready kat sini maksudnya ready untuk menikah. Ready untuk pegang tanggungjawab sebagai husband & wife

Erm, cuba korang bayangkan, korang dah lama giler menyulam cinta, dah kehulu-kehilir berdua, dah pegang sana, pegang sini, tup-tup percintaan korang tuh terputus di tengah @ tepi jalan. Frust tak?? Walaupon diri kita masih 'suci' tapi tak rasa ke telah dinodai ?? Dia bukan suami kita pon. Lainlah kalau suami, kalau pegang-pegang & layan suami, dapat pahala besar. Senang-senang je boleh cium bau syurga. kan?

Pendapat nih, berdasarkan logik akal & pendapat peribadi. Bukan sebab jeles dengan korang yang sedang-tengah memadu kasih @ memadu asmara. Ahaks. Fikir-fikirkanlah...kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya- Pak HAMKA.

Kat masjid nih la ku bersujud syukur,
ditemukan dengan seseorang yang sangat disayangi.
Namun,Allah mentakdirkan bahawa kami lebih layak jadi SAHABAT.
Dan aku redha dengan ketentuanNya.
Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh mengubah diri kita yang melihatnya.Jika kita tak dapat apa yang kita suka,maka langkah terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya.