Monday, October 4, 2010

Baru sekali jumpa, dia dah offer tidur dirumahnya.

Assalamualaikum
Selamat Hari Isnin. Cik Jari baru saja pulang ke hostel setelah 3H2M meninggalkan bilik hostel,laptop & Pulau. Berpergian tanpa dirancang. Spontan! Itulah si Jari. Kalau plan baekkkk punya, kadang-kadang tak menjadi gak. Kesimpulannya: Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.

Tanpa diduga, pada hari Sabtu yang sunyi, setelah menaip entri luahan hati, hati merengek-rengek mahu keluar dari bilik yang sunyi. Maka,Tekad. Amuk-Aku Mahu Pulang. Segera mencapai baldi yang sarat berisi, lalu dijinjing menuju ke bawah. Hampir 30 minit. Setel! pakaian disidai molek-molek depan bilik. Segera mencapai nota-nota yang WAJIB dibaca. Lalu,disumbat ke dalam beg. Yeah, ketenangan perlu dicari. Tekanan perlu dilepas bebaskan. 

Yeeehaaa....Selamat tinggal pulau. Menaiki feri menuju ke Tanah Besar. Berjumpa kak Long yang dirindui laksanya.((paham kan ayat nih??)) Rindu laksa. Rindu kak Long jugak (amek ati kakak)..haha...(kejamnya adik!)

Sesampainya di Jeti Butterworth, mata melilau mencari kelibat bas Rapid 703. Dah jumpa! Tapi wat derk je sebab Kak Long nak datang jemput. Kak Long datang dengan kawan & anak kawannya. Maka,dapat berkenalan dengan budak kecik yang bernama Alia. " Nama kakak ape?" soalnya ramah. "Nama kakak panjang. Panggil 'kakak' je." Balasku sambil senyum...Bicara makin panjang, lantaran Alia seorang yang manja & peramah & suka gelak & suka peluk-peluk. Baru sekali jumpa, dia dah offer tidur dirumahnya. "Akak, tidurlah kat rumah kami ye. Kami beli kek, nanti boleh makan sama-sama."....Pergh...budak nih memang baik lah..ke Cik Jari nih yang baik,sampaikan budak-budak terjatuh suka?? Haha...Sudah! jangan dengki dengan saya.I like u too,Alia...

Anak kawan kakak yang bernama Alia.
Sori Alia, lain kali akak tido kat umah Alia,ye :)
Kesimpulannya: Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu.


Kek Lapis
Oleh-oleh untuk jiran & rumate
Cik Jari cuma tolong pukul mentega & gula unt buat kek lapis nih
Yeah,esok-esok lah sy try wat kek sendiri!

Dah bulan 10
Banyak kawan-kawan yang sambut birthday bulan nih
Biasanya yang lahir bulan 10 nih,
Penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan
~alahai,lembutnya kek lapis yang Kak Long buat tuh..Korang nak??
Sedap..free pulak tuh??haha