Friday, October 29, 2010

AYAT MACHO UNTUK CIK JARI

Assalamualaikum
Esok merupakan tarikh tutup kontest AYAT MACHO UNTUK CIK JARI...
Ukhwah yg dibina atas nama Allah takkan mengharapkan balasan apabila memberi.
Tetapi akan selalu berkongsi air mata tika suka & duka.
kesedihan temannya bagai pedang yg menikam.
keceriaan temannya bagai pelangi yg takkan pudar.

Semoga setiap saat dalam hidup kita dirahmati Tuhan...
Hepi Friendship Day...haha,hari2 friensdhip day..bole tak??hehe

Hari ini Cik Jari mendedahkan ayat-ayat macho yang telah sekian lama diperap dalam ruangan komen...Korang masih boleh join ya...Sila klik pada banner kontest di sidebar kanan belog nih...

Kategori 1:
bagi cik jari dan semua:
menganggap kereta ferrari itu dah cukup hebat dan lajukan tetapi itu hanya pada anggapan dan penafsiran manusia kerana manusia sendiri yg mencipta kereta itu dan manusia jugak yang meletakan penanada aras bahawa kereta laju tetapi boleh tak bayangkan yang nanti kita akan bergerak laju merentasi titian siratul mustqim seperti kelajuan menaiki kereta ferarri
Cik Jari hidup umpama lautan, merentasinya umpama menempuh seribu kesukaran..itulah yang kita cari dalam kehidupan, kesukaran yang mematangkan setiap perilaku sebagai insan..insan yang mudah terlupa apa erti kepahitan..semoga mu berjaya cik jari insyaallah. khas dari aj :)
Tak Kira Apa Badai Datang Melanda Tak Kira Apa Rintangan Datang Menimpa Tak Kira Apa takdir yang diterima Percayalah kami senantiasa disisimu cik jari :-) AND REMBEMBER YOU WILL NEVER WALK ALONE BECAUSE GOD IS ALWAYS WITH YOU :-)
jangan sedih² ye cik jari. saya maho kamo jadi JARI MANES. skiranya kamo bersedih. ramai yg lebih teruk ksedihannya diluar sana.so,kutujukan lagu "senyom" sambel shuffle buat kamo.... Kacak luar Kacak dalam Kacak dengar sini Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali Kalau kita senyum Semua orang berjangkit Bila semua orang senyum Dunia tiada penyakit macho kan saya..tetttttttttttttttt~ (munta ijo...)
cik cari pernah hirup sup dari airmata tak?tak pernah kan... kalau airmata tu dari airmata ibu kita? lagi takut..kann... cik jari student... cik jari belajar je eh... biar je 'tugas' buat sup dari air mata ni... tugas kami... para ibu bapa.... cik jari... kata macho....? ps...harap2 berkesan lah ayat2 ni eh...weeeee.... macho tak?
CIK JARI, Kegembiraan ibarat semburan pewangi, apabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh setiap kegembiraan yang terpancar turut memberi sinar kepada orang lain.Sentiasalah bergembira wahai Cik Jari,kerana kegembiraan itu adalah satu nikmat yang tak ternilai.
Tari Menari Jari Jemari..
Menari Mengikut Rentak di Jari..
Ayunan Tangan Lembut Cik Jari..
Cik Jari Menari Cute Sekali..

Senyum Cik Jari X Nampak Gigi..
Gigi Palsu Cik Jari Ter Lupa..
Gaya Cik Jari Menawan Hati..
Bagai Wanita Bidadari Syurga...
" hidup ini akan memberi seribu alasan untuk kita bersedih, tapi ALLAH sebenarnya telah memberi kehidupan dengan berpuluh ribu alasan untuk kita tersenyum..." senyum-senyum selalu cik jari...
andai tiba saatnya nanti, hilangnya kekuatan jua kegagahan menempuh dugaan sepanjang jalan menuju bahagia serta impian. ukirkan senyuman manis di bibir di hati pasakkan penuh percaya Allah tidak pernah menghampa hambaNya yang yakin terus percaya.. padaNya.
cik jari... . . . tiada guna hidup lama andai hati gundah gulana.. .
a friend can be like a teddy bear to welcome you home and erase all your worries. a friend can be like a teddy bear to hug and to hold when you feel beaten down and need to be consoled. here we are.consider yourself hugged.remember that i'm really care about you.
"Cik jari, kalau anda berputus asa,sedih dan putus harapan, bangkitlah..jangan ditangisi dan mengeluh dengan apa yg sudah berlaku..pasti ada nur menanti anda untuk teruskan perjuangan...minta padaNya pertolongan, ketenangan dan banyakkan berselawat dan membaca yasin..Pasti anda tersenyum panjang dan kejayaan pasti milik anda suatu hari nanti...percayalah!!"
"wa nak cakap satu mende je kat lu.. wa nak lu jadi awek wa.. kalau lu tak nak wa kapel ngan lisa surihani.. lu jangan menyesal nanti tengok wa merendek ngan lisa.. baek lu pikir masak2.. sebab wa tengok lu pun syok kat wa.. tapi lu malu2 kan?"
"semulia2 jari ialah jari jemari milik sepasang tgn yg menadah memohon taubat Ilahi, la tahzan ya ukhti, jari2 runcing seorg blogger termasuklah empunya yg bernama Cik Jari; yg mengetuk papan keyboard kerana berdakwah biarpun dlm bentuk sisipan mesej entry berhikmah juga pastinya mendapat ganjaran tidak ternilai di sisi Yang Esa."
"cik jari..nama yang unik namun pasti ada maksud yang tersendiri..dengan berbekal jari yang ada..cik jari pasti akan menaip entri yang mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya..namun pasti mesejnya akan sampai pada pembaca..pasti kepuasan akan terpancar di wajah cik jari bukan...teruskan usaha murni ini cik jari..setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri bukan?"
to reach the top, the first step counts.. jadi, apapun yang ditarget oleh cik jari, walaupun nampak macam jauhh & susah, jangan mengalah, truskan berusaha kerana setiap usaha cik jari akan membuahkan hasilnya nanti..
"memang sweet bila sharing,bahagia bila orang caring..bila show your love,mesti orang kata baik punyer dari cik jari"
"Tersenyumlah selalu pada dunia. Sebab dunia tak punya khilaf untuk kau tunjukkan wajah murammu. Jangan katakan Ya Allah aku punya masalah yang besar, tapi katakanlah wahai masalah aku punya Allah yang Maha Besar."

Kerana kita punya sebab untuk terus ceria.

Senyum itu indah,
Nakal itu meriah. ^___^
ADikku Cik Jari,
Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
Moga Allah bersamamu...adikku