Monday, October 25, 2010

Aku Mencintaimu kerana ALLAH

Assalamualaikum
Selamat bertemu kembali dalam lembaran baru Buku Conteng Cik Jari. Hari ini,Cik Jari masih ingin menconteng tentang cinta. Tapi bukan cinta yang mengarut-ngarut ye. Cuma nak menjawab sendiri pertanyaan yang sering membelenggu akal & hati. 

Seseorang tak kira lelaki & perempuan, begitu mudah mengatakan bahawa AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH kepada kekasihnya. Wow wee...kalaulah ada orang yang cakap macam tuh dengan Cik Jari, memang boleh berlinang air mata keharuan. Tapi, bagaimanakah kita ingin memastikan bahawa cinta itu benar-benar diasaskan kepada CINTA ALLAH??


Jawpannya mudah. Cuba nilaikan kembali cinta anda kepada kekasih anda. Adakah cinta anda kepada si dia melebihi cinta anda kepada Allah?

Jika benar anda menyayanginya kerana Allah, anda takkan tergamak untuk menyentuhnya sebelum berkahwin kerana anda ingat pesan Allah :

“Jangan kamu menghampiri perzinaan kerana sesungguhnya zina adalah perbuatan yang kotor dan cara yang sangat tidak baik.” (al-Isra': 32)


Maksud cinta kerana Allah ialah cinta yang didorong atas keinginan untuk sama-sama melaksanakan tujuan hidup yang telah Allah SWT tentukan. Hakikatnya, hubungan dua insan yang bercinta (suami isteri) adalah untuk melaksanakan tujuan itu.

Kesimpulannya: kalau betul sayang si dia kerana Allah, haruslah jaga batas-batas pergaulan dalam perhubungan kalian sewaktu tempoh bercinta & bertunang. Matlamat utamanya ialah berkahwin & mendapat redha ALLAH.....




"Cinta ialah iradah Tuhan.Dikirim ke dunia supaya ia tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyeksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Namun, jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada ilahi"...Pak HAMKA

~lately,i'm quite busy body.kalau ade kawan-kawan yang bergambar sakan dengan pasangan diorang, i'll ask them "ko nih betul-betul ke dengan dia tuh? Ade niat untuk kawen ngan dia tak?"...alhamdulillah sebab diorang jawab 'yes'.Moga dipercepatkan jodoh diorang...tapi ada gak yang tetibe jawab "weyh,aku bukan suka sangat dengan dia tuh...tapi aku takde sebab nak clash...dia baik sangattt".....erm....nothing to say. 

sekian..wassalam