Tuesday, September 14, 2010

PuiSi KanToi The ConTest

Assalamualaikum
Yeay...Masih beraya-raya...Mahu join contest pula. Tujuannya masih sama. Mahu menconteng.Mahu menang.Mahu memenuhkan tabung buluhku...hehe...


Semalam,
kita masih bersama,
menyelusuri jalan yang penuh liku,
menyelusuri lopak-lopak selepas hujan ribut,
walau duka,
walau gerimis,
walau banjir,
walau terik,
kita harungi bersama-sama.

Hari ini,
aku sudah punya pengganti.
kita berpisah!

Maafkan aku sayang.
Aku perlu yang lain.


Bukan aku curang.
Bukan aku temberang.
Bukan aku bermuka talam.
Budimu tetap ku kenang,



Wahai Sandal Hitam POLO ku sayang..
((haha,sekarang sudah punya BATA setelah POLOku terbelah dua terperosok di bawah akar kayu))



SELAMAT HARI RAYA.
Maaf Zahir Batin