Friday, September 24, 2010

Pohon SeRibu Guna

Assalamualaikum
Salam Jumaat..
Korang ingat tak, dulu-dulu cikgu BM pernah ajar tentang pohon seribu guna? Pohon = Pokok. Pokok Kelapa merupakan pokok seribu guna. Sesapa yang sedang merancang untuk bergelar petani moden tuh, cik Jari cadangkan supaya mengusahakan tanaman pokok kelapa. Mengikut kata wartawan TV1 (Tak ingat nama), bekalan kelapa dalam negara pada masa kini adalah tidak mencukupi. Maka, adalah digalakkan supaya usahawan-usahawan tani menjalankan bisnes kelapa.


Pemandangan dari tingkap bilik hostel
Cik Jari sangat gemar minum air kelapa. Memandangkan Cik Jari orang kampung, maka haruslah ada pokok kelapa di sekitar kawasan rumah. Kadang-kadang, kalau mood baik, Cik Jari akan tolong Akiey jolokkan buah kelapa ((pohon rendang)), dan tugas membelah  kelapa akan diserahkan kepada Akiey. ((Cik Jari seram nak pegang parang)) Then, air kelapa berserta degan ((isi kelapa muda)) akan dikumpulkan ke dalam jag & ditambahkan air gula & air batu untuk menambahkan nikmat air kelapa. Sedappppp... Tak suka? Takpe, Cik Jari boleh tolong habiskan air kelapa tuh...haha

Pemandangan yang indah di petang yang sunyi

Selain itu, kelapa yang tua boleh dibuat santan. Haa, korang taw ke cara-cara untuk mendapatkan santan? Huhu, senang je tuh. Memula sekali, korang dapatkan sebijik kelapa yang tua. Kemudian, kopek sabut kelapa tersebut. Dewasa ini, terdapat sejenis alat seperti gunting digunakan untuk mengupas sabut kelapa tersebut. Tapi,zaman tok nenek dulu, mereka menggunakan pengopek kelapa ((tajam ooowh....)) yang berbentuk seperti mata lembing. Korang boleh imagine tak nih? kalau tak boleh gak, korang tanya la kepada pihak yang berwajib ye. Seterusnya, kelapa yang sudah bogel (tanpa sabut) dibelah dua dengan menggunakan parang yang tajam atau diketuk-ketuk dengan menggunakan alu ((kembar lesung batu)). Kemudian, on kan suis mesin parut, lalu parutlah kelapa tersebut sehingga tinggal tempurung kelapa sahaja. Seterusnya, campurkan kelapa perut tersebut dengan sedikit air lalu, diperah dengan menggunakan tangan kanan yang bersih untuk mendapatkan santan yang pekat...


Bangga owh, dah berjaya anyam ketupat sate
Akiey nganga mulut sambil menayangkan ketupat bawang
Abang sulung menganyam ketupat sambil mengajar anaknya

Selain itu, daun kelapa muda ((yang masih kuncup)) juga dipanggil janur, boleh dijadikan sarung ketupat. Haa,proses menganyam daun kelapa ini nampak mudah tapi sebenarnya agak mencabar. Tension owh kalau asyik tak menjadik je. Tapi, jangan cepat berputus asa. Teruskan usaha, kelak pasti berjaya. 

Hasilnya,
setelah berjam-jam berlatih menganyam...
Yeah,itu bukan kakiku.
Ok,
sekian sahaja contengan hari ini.
Motifnya,
nak bagitaw bahawa saya sudah layak bergelar Chef.
hahaha...Jeles??