Thursday, September 9, 2010

Penulisan Jiwang perlukan Formula Matematik

Assalamualaikum
Yeay...Rumah sudah riuh rendah...Tukang-tukang masak sudah pulang ke rumah. Semalam, Akiey meringankan tulang-tulangnya untuk memasak juadah berbuka puasa. Main Menu: Sup tulang lembu. Perghhhh, licin owh! sehingga menjilat periuk...

Lepas je berbuka & bersembahyang Maghrib, masing-masing sibuk berkumpul depan TV untuk mendengar pengumuman raya. Alhamdulillah,raya hari Jumaat. Maka, masih punya waktu untuk menganyam sarung ketupat pagi nanti. Kalau nak taw cerita-ceriti pasal ketupat, bolehlah menjengah ke belog Akiey. Dah lama tinggalkan subjek anyaman ketupat, maka Cik Jari tersangatlah lemah subjek tersebut walaupon pernah berjaya dengan cemerlangnya suatu ketika dulu. Kalau ikutkan hati, nak je suruh mak beli ketupat Nona banyak-banyak. Tak payah susah-payah menganyam-anyam. Tapi, mak tetap nak kekalkan tradisi menganyam ketupat sebabnya raya cuma setahun sekali. 

Pagi nanti will be busy dengan kerja-kerja terakhir menjelang  Hari Lebaran. Tapi, Cik Jari telah ditugaskan untuk menunjuk & mengajar adik yang bakal ber-UPSR pada 21 September 2010. Mudah-mudahan berjaya meraih semua A. Dalam banyak-banyak subjek, Penulisan yang paling kacang-small the pieces kan??? Tapi, si adik nih sangat tidak gemar subjek Penulisan. Setelah disoal selidik, terdapat 2-3 orang adik lagi yang mendakwa bahawa Penulisan & BM adalah subjek yang susah dan lebih sukar berbanding Matematik.Apa kata anda??

Pandang+dengar+baca+hurai = penulisan yang matang

Akhir kata, Cik Jari ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi singgah ke Buku Conteng Cik Jari seterusnya menjadi kawan-sahabat-teman kepada Cik Jari. walaupon mungkin tidak kekal berpanjangan...yang penting,kita pernah berkawan.

anak ayam pasang pelita,
anak itik ketawa bagai nak gile,
ayam & itik takde kene mengene,
just nak ucapkan selamat ari raye.
((pantun kopi pes))