Tuesday, September 28, 2010

Entri Sekupang di Senja yang Suram (EGBB)

Assalamualaikum
Cik Jari nak join kontest Adik Hiro. Kontest Entri Gua Best Bangat (EGBB). Dan dengan ini, Cik Jari persembahkan entri tentang Lelaki Idaman hati....



--------------------------------------------------

Hari ini merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran My Sista yang ke-30. Makanya, sebulan lagi Birthday Cik Jari pula bakal menyusul. Hehe, yeah...Ulangtahun kejadianku semakin hampir, tahun nih kunon-kunon request sebentuk cincin emas putih kat mak. Tapi sadis, sebab mak kata, "Mintaklah kat tunang, mana boleh mak yang belikan"...Heeee,takpelah mak. Taknaklah cincin. Mak hadiahkan doa je lah. Doakanlah supaya anak mak yang last nih dapat jadi isteri orang; suatu hari nanti...hehehe....

Lukisan yang dilukis oleh Mello
tQ Mello :)

Lately kan, sewaktu bersembang-sembang dengan kawan-kawan-kawan-kawan-kawan, kitorang selalu jugak la bersembang tentang lelaki hensem-nikah-kawin-hak isteri-tanggungjawab isteri..bla..bla..bla.. Almaklumlah, semester nih kitorang belajar Munakahat: Institusi Kekeluargaan Islam. Maka, Ustaz & Ustazah selalu lah beri kuliah tentang Ciri-ciri Suami Pilihan, Ciri-Ciri Isteri pilihan & pagi tadi pensyarah menekankan supaya kenali dulu hati budi pasangan sebelum mengambil keputusan untuk bernikah. Bercintalah at least 2 hari...So, kuliah arinih memang interesting sebab pensyarah menyelitkan unsur-unsur humor semasa kuliah. 

Ada yang memandang rupa paras sebagai ciri pertama yang dititikberatkan dalam pemilihan pasangan hidup mereka.
Ada yang nak suami muka macam dia nih.

Ada jugak nak yang macam nih.

Ramai nak yang macam ni

Yang nih pon,ada yang nak owh.
Hakikatnya, terpulang kepada individu. Setiap kita memang digalakkan memilih yang cantik/hensem supaya nanti, bila dah kahwin,mata tak meliar,memandang orang lain.Kecantikan/kehenseman tuh pulak adalah subjektif. 
Contohnya :
si Abu berkahwin dengan si Melah. Pada pandangan mata kita, Melah tuh tak padan pon dengan si Abu yang hensem-kacak-bergaya. Tapi, pada pandangan mata si Abu, si Melah lah yang paling cantik jelita...

Sama jugak kes nya dengan orang Somalia yang kahwin dengan orang Cina Malaysia. Umpama Kopi & Susu.Tapi kalau dah jodoh, bersatu jugak kan? 

Kesimpulannya, walau apa pun pilihan hati korang, suka hati korang lah asalkan sedap mata memandang, tak jemu dipanggil sayang, tak pernah menyepak terajang, sentiasa cintakan saya seorang... hahaha..

Saya pilih yang nih!
erk..maksud saya Ustaz Aidil
Sila jangan berebut dengan saya.
Sekian, 
entri sekupang di senja yang suram

-----------------------------------------
Dengan ini, Cik Jari menjemput encik-cik di bawah supaya join kontest ini: