Friday, September 3, 2010

Contest: Zek diCaKar Sukun

Assalamualaikum
Nampaknya,saya masih belum pulang lagi.ngeee...Pagi tadi kelam kelibut menyiapkan assignment Mahar Yang Mahal.Then pergi memulangkan buku-buku rujukan yang telah dipinjam dari perpustakaan sebelum mem-print assignment yang telah berjaya disiapkan tepat pada masanya. ((Alhamdulillah)). Seterusnya, mencari-cari bilik pensyarah untuk menghantar assignment. Letih! Maka, Cik Jari decide untuk menangguhkan waktu keberangkatan pulang ke desa permai. Heeee,intro je dah panjang berjela-jela.. Memandangkan masih ada waktu, Cik Jari meluangkan waktu untuk men-join-kan diri dalam Contest Raya Meletops.Apa yang meletop? Yang pasti hadiahnya memang meletops...

Hadiah pertama: RM 100
Hadiah kedua: RM 50
Hadiah ketiga: RM 30





Alkisahnya, pada hari raya pertama (2 tahun lepas) kami sekeluarga menziarahi keluarga Mak Long. Mak Long kami nih pencinta haiwan. (mungkin la kot) Dipendekkan cerita, beliau memelihara seekor monyet/kera yang dipanggil 'Sukun'.Kenapa namanya Sukun?? Sebab makanan rujinya ialah buah sukun. Anak-anak buahku sangat jakun semasa terlihat Sukun. Diorang fikir, monyet cuma ada dalam zoo. Jadi, bila face-to-face secara live dengan Sukun, diorang sangat seronok. 


Sian Sukun,takde baju raya pon...

Dipendekkan cerita lagi, ada sorang anak buah nih (Zek) memang jenis tak reti duk diam. Maka, dia dengan selambanya 'mencuri' sebijik buah sukun yang telah siap dibelah  yang diletakkan berhampiran dengan Sukun. Budak-budak memang pantang nampak objek atas tanah, semuanya nak disepak-sepak macam bola. Sukun yang menyedari tindakan Zek itu terus turun dari pokok dan menerkam Zek.Terkejut beruk si Zek tuh. Sudahlah terkejut, telinganya pulak dicakar Sukun. Kitaorang yang duk leka makan kuih raya kat dalam rumah pun turut terkejut beruk dengan jeritan Zek. Muka Zek dah pucat. Nasib baiklah Sukun bukan jenis monyet yang ganas.Sukun melepaskan Zek selepas dijerkah oleh Mak Long ku. Hahahaha, kitorang yang mulanya suspen & cuak, terus je gelak sakan bila  tengok muka Zek yang pucat sebab terkejut.


Zek termenung & terdiam selepas di'cium' monyet..hehe..kesiann

Satu lagi kisah mengenai Hari Raya 2008 adalah kenangan terakhir beraya dengan atuk. Atuk  seorang yang pendiam tapi beliau murah dengan senyuman. Murah hati. Mudah memaafkan. Buktinya, nenek pernah kata " Sepanjang hidup dengan arwah atuk, tak pernah sekalipun arwah menyakitkan hati nenek. Kalau nenek membebel, Atuk sabar mendengar...." Berlinang air mata nenek semasa bercerita tentang arwah Atuk.Sedih. Sedih sangat. Teringat kenangan dapat duit raya dari Atuk. Rindu dengan usikan dan senyuman arwah.....((Uwaaaa..tetibe berlinang air mata....)) Al-Fatihah untuk arwah. Mudah-mudahan Atuk tenang di sana...

Atuk berkopiah putih. 2-2 telah 'pergi' tak kembali-Al Fatihah-
Sekian sahaja contengan saya untuk kontest ini. Semoga saya menang Duit Raya Sejuta. Yeay....Terima Kasih kepada penganjur kerana menganjurkan kontest yang best ini.