Wednesday, September 15, 2010

Ayat-ayat Cinta & Istikharah

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya. Beberapa hari lagi, Cik Jari akan pulang ke hostel tercinta. Yeay, tidak sabar mahu menamatkan pengajian dengan jayanya. (( InsyaAllah))

Hari ini, my Bro  kembali pulang ke Semenyih. tQ kerana tidak lupa untuk memberi duit raya. Hehe, best woah!! Kelmarin, beraya di rumah kawan-kawan & Cik Jari masih dapat duit raya memandangkan Cik Jari masih bergelar student. tQ Pakcik. tQ Makcik...


ex-classmates saya

erm, dihari yang mulia ini, soal jodoh & calon pilihan tetap menjadi topik hangat. Abang Sulung yang sangat dihormati & dikasihi mengusulkan supaya berkahwin dengan orang yang senegeri. Si Abang Bongsu sesuka hati menyakat supaya makan nasi berlaukkan budu. Huhu, hakikatnya bukanlah NEGERI yang menjadi isu utama. Bukankah soal agama yang harus dititikberatkan??

Sungguh, bukan mudah untuk menyakinkan si Ibu. Bukan mudah untuk memujuk hati si Ibu. Bukan mudah untuk mendapatkan restu si Ibu. RESTU ayahbonda adalah sangat penting bagi Cik Jari. Alhamdulillah, hati si Ibu sudah terpujuk. Beliau sudah boleh menerima calon pilihan Cik Jari, walaupun si dia masih belum diperkenalkan kepada si Ibu . ((Belum bersedia))

Bagi Cik Jari sendiri, bukan mudah untuk menerima kehadiran 'seseorang' dalam hati ini selepas berkali-kali melalui pengalaman bercinta. Kadang-kadang, terfikir untuk give-up. Namun, masih terngiang-ngiang pesanan ustaz bahawasanya manusia ini dijadikan berpasang-pasangan. Wanita pasangannya lelaki. Maka, Cik Jari tidak boleh menidakkan fitrah hidup manusia.

Di hati ini, sentiasa yakin dengan takdirNya. Hanya DIA yang bisa membolak-balikkan hati ini & sesungguhnya cinta yang abadi adalah milikNYA. Cik Jari bukanlah seorang perempuan yang memiliki kecantikan fizikal untuk dibanggakan. Sejak kecil, Cik Jari sentiasa sedar dengan kekurangan diri. Walau terkadang terasa hati dengan umpat & keji, tapi hati tetap teguh mengatakan bahawa kejadian ini adalah takdir ILAHI. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Pasti ada kebaikannya nanti...Hanya perlu segenggam tabah dan secangkir sabar meneruskan hidup di bumi yang fana ini.

Akhir kata, selalulah berdoa kepadaNya. Teringat pesan ayahanda: Janganlah jadi orang yang sombong. Orang yang sombong adalah orang yang enggan berdoa.

~Sekian,terima kasih~