Tuesday, September 21, 2010

Antara Cinta Lelaki & Cinta Perempuan, yang manakah lebih berGAYA?

Assalamualaikum
Cik Jari baru sahaja selesai membaca entri baru di belog Encik Senior Matematik. Namun,sejak beliau in relationship dengan Encik yang bukan Cik, saya dapati bahawa entri-entri beliau makin berbau harum semerbak bunga di Taman Buaya...Mungkin inilah yang dikatakan penangan CINTA. Hebatnya Cinta!!!

Baiklah, tanpa membuang masa lagi, Cik Jari selaku junior kepada mereka berdua,ingin berkongsi sedikit maklumat yang baru sahaja diperolehi setelah menyelongkar lembaran-lembaran ilmu daripada sebuah buku yang tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang belum akil baligh. 



Kajian menunjukkan terdapat enam jenis gaya cinta yang biasa dipertontonkan oleh individu yang sedang bercinta iaitu Eros, Ludus, Storge, Mania, Agape & Pragma (Lee,1973)

Eros
Diklasifikasikan sebagai cinta romantik. Daya tarikan fizikal diutamakan dalam jenis cinta ini (Cinta Pandang Pertama). Cinta jenis ini juga dicirikan oleh percampuran emosi, keasyikan, seksual yang kuat dan mereka yang menggayakan cinta jenis ini ingin menikmati kegemilangan dalam cintanya.

Ludus
adalah cinta permainan. Cinta jenis ini digambarkan dengan individu yang mempunyai ciri mementingkan diri sendiri, suka menggoda tetapi tidak menginginkan hubungan intim, tidak gemarkan pasangan yang terlalu bergantung, kurang mesra dan tiada rancangan jangka panjang. Cinta jenis ini juga dikelaskan sebagai cinta yang tiada komitmen dan banyak kerahsiaan.

Storge
ialah cinta kawan karib. Perasaan cinta terhasil daripada perhubungan erat dan mesra yang sudah lama terjalin. Mereka yang berada dalam kategori jenis ini dikatakan lebih logikal iaitu perkongsian harapan adalah secara terbuka, jarang merajuk dan rasa cemburu dan seandainya perpisahan berlaku, ia tidak akan menimbulkan kerisauan.



Mania
Individu yang tergolong dalam kategori jenis ini adalah individu yang menunjukkan kecintaan mereka dengan cara yang keterlaluan atau melampau. Mereka ini mahukan rasa kepunyaan dan sentiasa memikirkan berkenaan pasangan, kasih sayang, mahukan perhatian, kepastian dan ketulusan yang berpanjangan, cemburu buta dan sentiasa berada dalam kerisauan kerana bimbang cinta akan berkurangan atau hilang.

Pragma
Dikenali juga sebagai Cinta logikal iaitu cinta yang lebih praktikal dan realistik. Individu yang menggayakan cinta jenis ini suka memikirkan keuntungan peribadi dalam perhubungan. Mereka juga inginkan keserasian latar belakang mereka dengan pasangan yang ingin didampingi. Perasaan cinta hanya timbul setelah membuat perhitungan bahawa pasangan itu benar-benar layak untuknya.




Agape
Adalah cinta pengorbanan. Individu yang mempunyai cinta jenis ini berhati mulia, mesra dan tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dicintainya serta sedia memaafkan kesilapan pasangannya. Mereka memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya, berusaha membahagiakan pasangan dan sanggup menangguhkan kepentingan sendiri demi pasangan. Individu yang berada dalam kategori ini sering ditindas atau dimanipulasikan oleh pasangan. Walau bagaimanapun, mereka menganggap penindasan hanya suatu yang tidak disengajakan!

Haaa..amacam saudara-saudari sekalian..sudah kenal diri anda? Sudah kenal kategori cinta anda? Sudah tahu kategori pasangan anda?? Jangan sedey-jangan risau...Entri ini sekadar panduan. Mana yang kurang, segera ditopup dengan kebaikan...dan yang pastinya setiap kejadian ada baik..ada buruknya...belajarlah untuk menerima seadanya...((erk,pe bende lak yang Cik Jari mengarut nih??))

Baiklah, tamat sudah contengan hari ini. Selamat Hari Selasa...Cik Jari tumpang bahagia dengan Encik Parid & bidadarinya & Cik Jari masih dalam proses meminta izin untuk kapel dengan pemuda berkopiah putih....haha