Wednesday, September 29, 2010

Allah putuskan cinta kita dengan si dia sebab Allah nak kita dekat dengan Dia

Assalamualaikum
Berdoalah kepadaku,
akan Aku perkenankan permintaanmu.
Al-Mukmin:60

Doa adalah senjata penting kerana ia dapat mengubah qada Allah sekaligus menjamin kecemerlangan individu. Walau bagaimanapun, individu yang berdoa hendaklah membersihkan dirinya terlebih dahulu supaya doanya dimakbulkan Allah. Justeru, sebelum melakukan kerja, berdoalah dengan hati yang ikhlas dan luhur. 
Berdoa tidak semestinya dalam bahasa Arab kerana doa yang paling penting adalah doa yang kita fahami yang datang dari hati kita.Antara amalan yang baik ialah jika kita dapat melakukan solat hajat bersendirian seminggu sekali untuk bermunajat dan bermohon kepada Allah.

When My servants Ask thee concerning Me, I am indeed Close (to them): I listen To the prayer of every Suppliant when he calleth on Me: Let them also, with a will, My call, Listen to And believe in Me: That they may walk In the right way.
Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.
Al-Baqarah: 186


Soalan beserta jawapan ringkas
Buat saudara/saudari yang bertanya:
Melupakan seseorang yang kita sayang memerlukan MASA. Ada yang mengambil masa yang singkat. Ada juga yang memerlukan masa yang cukup panjang hingga ke akhir hayatnya untuk melupakan orang yang disayang. 
Siapakah orang yang kita sayang? Seharusnya, kita menyayangi Rasul , ibu bapa , keluarga & diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi insan lain.
Tapi,perlukah kita melupakan mereka semua??

Maka, Cik Jari mengandaikan bahawa saudara/saudari yang bertanya nih ingin melupakan seseorang yang pernah bertakhta dihati atau mungkin juga bekas kekasih hati samada yang telah meninggalkan kita kerana telah berjumpa insan lain atau juga telah mengadap Ilahi.

Sebagai remaja-dewasa yang pernah melalui sakitnya putus cinta, Cik Jari menasihatkan agar saudara/i dekatkan diri dengan Allah. Dalam banyak buku motivasi , Cik Jari selalu jumpa frasa Allah putuskan cinta kita dengan si dia sebab Allah nak kita dekat dengan Dia.(Lebey kurang macam nih lah bunyinye)

Sebagai manusia, kadang-kadang kita ni lalai pabila dah asyik bercinta. Cinta tuh lumrah. Cinta itu indah. Tapi, kita yang salah sebab mengabaikan perintah yang memberi CINTA. 

Kalau kita yakin bahawa kita tak pernah abaikan hubungan kita dengan Allah sepanjang kita menganyam cinta dengan si dia, anggaplah yang Allah sedang uji kita. Allah uji iman kita. Allah uji sejauh mana kita sayangkan DIA. Sebagai hambaNya,kita harus redha andai cinta terputus di tengah/tepi jalan. 

Erm, bukan mudah untuk terima perpisahan kan? Bermunajatlah...Mohon pada Allah. Moga dikuatkan hati yang lemah. 

Hah, ada orang pernah berikan tips pada Cik Jari, andai rasa sedih, rasa kecewa, dengarlah lagu-lagu rock yang heavy. Lagu-lagu Rock omputeh yang mencarut-mencarut tuh. Huhu..Tak pernah try pon tips nih sebab tak kena dengan hati & telinga Cik Jari. 

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh dipraktikkan. Contohnya, pergi berendam dalam air terjun. Agak-agak sedih or teringat kat dia, cepat-cepatlah pergi berendam,mungkin bunyi air terjun tuh mampu membuatkan anda tenang & melupakan kisah silam.

Pergi window shopping pon best gak. Tawaf sampai penat kaki then bila dah penat teruslah gi tidur. 

Erm, ape-ape hal pon, jangan sampai mengabaikan perintah & laranganNya. 

Okies, selamat belajar & beramal.