Wednesday, September 1, 2010

Agenda Wajib Di Hari Mulia

Assalamualaikum
Selamat Berpuasa. Alhamdulillah,sudah hampir sebulan kita berpuasa. Tak lama lagi, tibalah Hari Raya. Agenda pertama menjelang Hari Raya, sudah semestinya pulang ke desa tercinta. Bertemu kaum keluarga & sanak saudara.

Perasaan? Seronok. Masa ni lah semuanya berkumpul,bertakbir bersama-sama. Syahdunya raya...Budak-budak kecik pula, sibuk ke hulu ke hilir,menyibukkan diri menolong membersihkan rumah, mengisi biskut dalam balang, memasang pelita, mengejar ayam untuk disembelih, menolong memasukkan beras dalam sarung ketupat & menyibukkan diri sendiri meng-try-test baju raya-kasut raya-songkok raya-kerongsang raya. Erm...tak sabar nak raya. Korang pernah tengok tak, budak kecik yang tidur sambil peluk baju raya?? Mesti pernah kan? Entah-entah korang pun memang macam tuh masa kecik-kecik dulu.hehe...




Agenda seterusnya, mestilah bermaaf-maafan sesama adik-beradik & ayahbonda di pagi Aidilfitri. Aktiviti nih,kitorang jalankan selepas balik daripada menunaikan solat sunat Aidilfitri & menziarahi kubur. Bermaaf-maafan,peluk-cium & dapat duit raya.

Perasaan? Sayu & lega. Seterusnya berkonvoi menziarahi nenda & sanak saudara. Tujuannya tetap sama iaitu  berziarah & beraya. Hehe,kalau orang Jowo nih, ucapan maaf diorang lain sket. "ke luputanku seng akeh-akeh"..(( lebey kurang camtuh kot ))...Maksudnya: Saya mintak maaf banyak-banyak..




Next, mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri. Hee,best tapi kesian kat perut.Kena belasah dengan bermacam-macam jenis kuih,rendang,ketupat,lemang,soto,mee kari,lontong,laksa...Wahh!!Sedapnya. Haa, kalau dihidangkan laksa & mee kari, Cik Jari akan pilih laksa. So,korang lak suka makan apa??




Last but not least, mestilah sesi bergambar beramai-ramai seisi keluarga. Antara kepentingan bergambar setiap tahun adalah supaya boleh dijadikan rujukan untuk menentukan giliran balik beraya. Alkisahnya, my sista telah terlepas giliran beraya di rumah famili sendiri akibat tak ingat giliran. Husband dia pulak 'mengambil kesempatan' atas kelupaan si isteri dengan mengajak pulang beraya di rumah keluarga.Maka,berayalah my sis di rumah mertua selama dua tahun berturut-turut...Kesian kan? hehe

Ok,sekian saja contengan saya pada hari ini.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan & Syawal yang bakal menjelma.