Saturday, August 14, 2010

Tunangku Berpakaian Seksi. Apa nak buat hah??

Assalamualaikum
Selamat Hari Sabtu kawan-kawan sekalian. Cik Jari ada masalah bin problem la kawan-kawan sekalian. Tunang Cik Jari tuh suka sangat pakai short pants walhal My Daddy cukup tak suka kalau anak-anak lelaki dia pakai seluar pendek kat luar rumah.Cik Jari dah puas nasihatkan tunang tuh, tapi dia degillllll sangat. Dush!Dush!Dush! Cik Jari rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka dia tapi Cik Jari sayangggggg sangat kat dia. Macamana ye kawan-kawan???




Berat gak kan contoh masalah kat atas ni? Diulang sekali lagi: CONTOH MASALAH !!! Cik Jari masih single. Bukan makwe si polan. Bukan Tunang si fulan. Bukan isteri si bulan. 

Sebenarnya, pagi ini Cik Jari terselak-selak & terbaca buku yang dihadiahkan oleh seseorang. Tajuk buku : Cinta IPT. Terkesima gak la masa dapat hadiah buku nih sebabnya dia bukanlah jenis yang suka membaca buku ala-ala bimbingan akhlak & motivasi nih.(erm...Cinta IPT memang menguji akal & emosi..enuf..enuf..enuf..lupakan yang lalu) Buku ini agak menarik dibaca. Penuh dengan cerita realiti pelajar IPT masa kini.

Maka, pagi ini Cik Jari ingin berkongsi satu fenomena biasa buat renungan kita semua...Kisahnya:

"Tunang aku tu degillah. Dia suka pakai seksi, kekadang aku pun naik ngeri dibuatnya. Aku bukanlah nak suruh dia pakai tudung, at least pakai sopanlah. Yang aku tak tahan, kalau aku tegur pasal baju dia, dia mesti naik baran, kadang-kadang dia marah aku lagi depan orang ramai. Kadang-kadang dia merajuk. Semakin aku cakap, semakin seksi dia pakai,apa aku nak buat hah?"

Berat juga isu rakan kita ni. Melihat kepada peribadi beliau yang baik, walaupun tidak menghayati ajaran Islam secara sepenuhnya, namun dia seorang yang baik dan berdisiplin. Saya pun mencadangkan kepadanya:

"Aku bukannya nak hasut, cuma bagi cadangan aje. Kalau kau boleh terima, ambillah, kalau tak, kau jangan kecik ati pula ye! Aku rasa elok kau tinggalkan dia dan cari calon isteri yang lebih bermaruah serta mendengar kata. Jika sebelum berkahwin pun dia dah pandai menunjukkan belang, apakah yang kau harapkan lepas kahwin? Lebih parah lagi jika selepas berkahwin dia merasakan dirinya diterima oleh kau seperti apa yang dia lakukan sekarang ini. Sebelum kau mengalami kemurungan dan juga kebingungan di kemudian hari, carilah calon isteri lain yang lebih beriman dan tahu menghormati kau. Itu pendapat aku...jangan kecil hati pulak ye!"

Adakah cadangan saya itu terlalu drastik dan terlalu keras? Terserah kepada rakan saya dan juga para pembaca untuk menilainya. Yang pasti, adalah lebih elok menyesal dahulu daripada menyesal kemudian hari. Agaknya apa yang dijawab oleh rakan saya itu?

Dia menjawab: "Aku agak dah, kau mesti cakap macam tu! Tapi aku sayang dialah!"

Adakah cinta itu buta? Sehingga membutakan iman dan kewarasan? Jika anda pula, bagaimana???
Sanggup ke weyh?? Korang dah cinta sangat nih tapi slack lak dia nih seksi tahap Pussy Cat Doll......Amacam Bro?? Got any idea?? 

~"Saya" dalam petikan di atas merujuk kepada Ustaz /penulis~

Jangan kerana cinta, kita gugur.
Jangan kerana cinta, prinsip menjadi larut dan cair.
Cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.
Kesetiaan akan mengikat cinta.
Kecurangan akan meranapkan cinta.
Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika dibajai dan disuburkan melalui kaedah-kaedah yang direstui, diberkati dan diredhai Allah.