Monday, August 16, 2010

Permintaan Saya...Mungkin yang terakhir...Segalanya Mungkin

Assalamualaikum
~Ini entri sebelum iron baju & menidurkan diri~
Sebelum melelapkan mata, saya ada beberapa permintaan:

1-sila jangan beritahu roomate saya bahawa saya nih seorang blogger.
2.sila maafkan salah silap saya andai saya pernah melukai kalian semua.
3.sila senyum jika kalian rindu saya.
4.perbanyakkanlah istighfar di bulan yang mulia ini.Langkah utama untuk bertaubat.
5.silalah isi borang mengundi ((SPR)) kepada yang sudah layak mengundi.
-my Daddy kata,mengundi nih wajib.
6.sila jangan membazir di bulan yang mulia ini.
7.jagalah hati sebaik mungkin.
8.jangan lupa telefon ibu/ayah di kampung jika anda berjauhan dengan mereka.
9.doakan kesejahteraan ibu ayah.
10.esok pagi...tolong kejut saya bangun sahur!!!




sekian,saya sayang kalian-kalian-kalian...