Tuesday, August 17, 2010

Macho pada Gelaran, hakikatnya tetap Wanita

Assalamualaikum
Panjang tul tajuk entri nih kan? Maaf ye, saya sekadar suka-suka menggelar diri ini macho-ensem- tapi hakikatnya saya gadis Melayu yang ayu. Dikesempatan ini, Cik Jari yang Macho ((perasan je kan??)) ingin memberitahu bahawa saya adalah seorang perempuan. Diharap tiada sebarang kekeliruan lagi mengenai jantina pemilik buku conteng ini. Cik = gelaran buat perempuan yang belum berkahwin. Bilakah akan bertukar Puan?? Sama-samalah kita nantikan..((haha...sengih je))...




Isteri Solehah

( 1 )
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

( ulang 1 )

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

( ulang 1 )

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

( korus )
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

( ulang 1 )
( ulang korus )

Lagu ini sangat bagus untuk dihayati. Seorang sahabat saya telah menujukan lagu ini buat saya.Mari hayati bersama-sama...Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah Wanita Solehah.

Sekian, 
Saya Si Jari yang malas nak update.
Nak tulis kad raya pulak. 
Buat bakal penerima kad raya,
Kalau tulisan si jari buruk,
tolong jangan keji ye.
haha....