Friday, August 6, 2010

Lelaki Dayus Untukmu Wanita??

Assalamualaikum
Selamat Hari Jumaat.Alhamdulillah,sudah berjaya menyelinap masuk ke dalam akaun Gmail & Blogger.com. Maka,bolehlah men-delete the  redundant emails & update belog. 

Pertama sekali, Cik Jari ingin mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan-kawan yang telah berjaya meng-konvo-kan diri.


Sempena Minggu Konvokesyen ke-42 Uni Siang Malam, Cik Jari meluangkan sekelumit masa yang ada dengan menjelah ke gerai-gerai di Tapak Konvo. As usual, gerai menjual buku-bukuan adalah gerai feveret Cik Jari Dulu-Kini-Infiniti.Menyedari bahawa diri ini masih kekurangan ilmu di dada & sangat-sangat dahagakan ilmu, maka dengan gembiranya Cik Jari memilih sebuah buku untuk dijadikan teman sepanjang pengembaraan di bumi tuhan...

Alhamdulillah, Cik Jari bersyukur kerana akhirnya jiwa yang selalu memberontak suatu masa dulu semakin lunak...((haha,dulu jiwa rempit beb....nasib baiklah kena marah dengan abang-abang)) Now, i try to be a Muslimah...keep on trying...learning...on going process...

Alhamdulilah.. ku syukuri semua
Terima kasihku ya Allah
Atas indahnya hidup


Alhamdulilah.. ku syukuri semua
Terima kasihku ya Rabbi
Atas rahmat dalam hidupku

Cakap banyak pon tak guna kan? Yang penting, semuanya lahir dari hati. ((kadang-kadang hati nih seolah ditusuk duri tatkala ceramah si ustaz/ustazah kene tepat-tepat kat anak mata...Aduh...pedihnya....)) Well, adatlah!! Berani kerana Benar,Cuak sebab dah banyak buat silap, tapi kita harus sedar diri...kita nih BUKAN MANUSIA SEMPURNA.

Akhirnya, setelah puas membelek-belek, Cik Jari pilih buku di bawah:


sesuai untuk wanita,isteri & ibu®


Setelah membaca & menghayati buku ini, Cik Jari amat tertarik dengan bab: Jangan Dayus Wahai Lelaki.
Bapak-bapak,pakcik-pakcik,abang-abang sekalian,adakah kalian sudah jelas dengan maksud DAYUS?

Secara ringkasnya, lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa si isteri/ si anak bersama atau bertemu. Malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipeluk dan dipegang oleh sebarangan lelaki lain.

Secara mudahnya,cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus apabila:
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat(jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa & siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan anak perempuan ber-dating dengan tunangnya/teman lelaki bukan mahramnya.

4) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah, kononnya ibu bapanya sporting.

5) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor/ apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat terlihat.

6) Menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
:
:
:
:
:
:
14) Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dengan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki boleh dihilangkan?Tidak sekali-kali!

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus kepada dirinya.

Adakah anda tergolong dalam salah satu yang tertaip di atas???
Wahai lelaki beriman, janganlah kamu termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini!

Sebagai Penutup, dititipkan sepotong hadis buat tatapan kita semua.
Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid."