Tuesday, August 3, 2010

Jika Rasulullah di samping kita hari ini

Assalamualaikum
Petang nih masih tiada mood untuk bercerita-berdiskusi-bersembang. Cik Jari cuma ingin berkongsi artikel yang menusuk kalbu...Selamat Membaca:

Cuba kita bayangkan jika Rasulullah tiba-tiba datang ke zaman kita.Tidak perlu kita imagine kita kembali ke zaman Rasulullah,tetapi Rasulullah yang datang kepada kita!Kemudian menziarahi rumah kita.Rasulullah melihat di dinding rumah kita penuh dengan poster-poster artis,di dalam MP3 kita pula penuh dengan lagu-lagu inggeris berbanding Al-quran 30Juzuk.Kemudian Rasulullah masuk ke bilik kita,baginda melihat pula buku-buku di rak dipenuhi komik-komik dan majalah-majalah yang tidak menutup aurat berbanding dengan Al-quran yang sudah berhabuk tidak disentuh.Kemudian didalam laptop pula penuh dengan cerita-cerita drama Korea berbanding kisah sirah Rasulullah………
Kemudian Baginda menangis melihat umatnya..Pada masa itu layak kah kita yang mengaku cinta kepada Rasulullah memeluk baginda?Tidak malukah kepada Rasulullah??


Jika kita rasakan pada waktu itu kita malu hendak membawa rasulullah ke rumah kita,maka kita sendiri sudah tahu sejauh manakah kita cinta dan sayang kepada nabi Muhammad.Jika selama hidup kita tidak pernah menitiskan air mata kepada Rasulullah,agak-agak inginkah baginda memberi air di telaga Kauthar kepada kita?Mungkinkah ketika Malaikat  bertanyakan kita siapakah Nabi kamu?Mampukah kita menjawab soalan itu tatkala malaikat bertanyakan kita di kubur yang gelap berbantalkan tanah,dan diliputi kain kafan yang berwarna putih………….Tepuk dada Tanya iman…

~artikel penuh,sila KLIK