Tuesday, August 3, 2010

Jasa Ayah Bonda

Assalamualaikum
Alhamdulillah, Cik Jari sudah selamat sampai ke hostel. Mekasih Mummy & Daddy yang menghantarkan Cik Jari ke stesen bas untuk kembali pulang ke pulau terpencil yang serba canggih & moden.


Cik Jari duduk diam-diam di belakang sambil menangkap-nangkap gambar menggunakan kamera yang dipinjam daripada Akiey. Sori Dad, your Puteri Bongsu masih fobia untuk memegang stereng dan memandu dengan jayanya.


Inilah pemandangan Menara Condong Teluk Intan dari dalam kereta. Tak pasti darjah ke-senget-an kamera yang di pegang oleh Cik Jari sehingga menghasilkan imej seperti di atas.


Haaa..Percutian kali ini, Cik Jari dapat hadiah!!! Akiey hadiahkan 1 set Minyak Wangi Non-alcohol yang best dicium.Mekasih...


Lastly, bungkusan nih telah diangkut pulang ke hostel. Motif: Pemilik hadiah nih pesan suh jaga adiah nih. Ape bende dalam tuh???jeng..jeng..jeng..jeng...((setakat nih,takde bunyi letupan dari dalam bungkusan tuh))

~Sekian~
ingat: Doa anak yang soleh terhadap ayahnya pasti dimakbulkan Allah sama ada ayah itu masih hidup atau sudah meninggal dunia.