Friday, August 13, 2010

Happy Friendship Day

Assalamualaikum
Hari ini, Cik Jari mahu berterima kasih kepada Encik Ozzy  & Cute Mum kerana menganugerahkan anugerah di bawah:




Friendly = peramah . Peramah tak semestinya banyak cakap kan??? Kadang-kadang air muka yang manis pon dah cukup sifat untuk menggambarkan keramahan seseorang tuh...Saya sangat suka berada di samping orang yang ramah kerana saya seorang yang pendiam secara realitinya.((sebab tuh saya suka menconteng & menulis))...Saya seorang blogger yang peramah tapi hakikatnya saya seorang yang pendiam....(tidak pandai berlawan kata)

Bila si peramah & si pendiam bergabung, pasti akan menimbulkan suasana yang ceria & bahagia.Saling melengkapi.....So, kriteria lelaki idaman: Seorang yang Peramah & bukan blogger..haha....well, saya hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segala-galanya...

Bersama-sama dengan Award di atas, disertakan juga soalan di bawah. Juadah bersahur & berbuka. Hehe, kalau kat rumah, boleh la demanding. Contoh ayat: "Mak, orang teringin nak makan bubur gandum."....30 minit kemudian, terdengar mesin parut kelapa beroperasi...((yeah....mak nak wat bubur gandum)).....hehe... 

Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur :
- nasi ayam
- popia basah
- cucur udang
- roti gandum penuh (wholemeal bread)
- keropok lekor
- laksa kampung
- sambal goreng ((ada ikan bilis,kentang,tempe))

Tag 5 orang rakan blogger

Dikesempatan ini juga, Cik Jari ingin mengucapkan "HAPPY FRIENDSHIP DAY" kepada 3 gadis comel di bawah...Thanks