Monday, August 30, 2010

Gembiranya Saya (",)

Assalamualaikum
Yeay,hari ini saya yang bukan bernama Cik Jari telah ditag oleh si gadis manis yang bukan bernama Gugurl. Memandangkan tengah kebuntuan idea untuk menyiapkan sejenis cerita pendek,maka Cik Jari meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan berikut. Gerenti best !!!

SECARA JUJUR, APA PERISTIWA PALING GEMBIRA PERNAH MENYENTAP KE DALAM HATI ANDA PADA TAHUN LEPAS?
~Surprise Birthday Cake daripada Akiey...Best giler.Best Sangat..((Ngeh2,jeles anak-anak buah  den melihat kotak kek yang besar-besaran)) Pesanan saya: hargailah insan-insan yang menyayangi & menghargai anda.




SECARA JUJUR, SIAPA YANG SENTIASA BERADA DI DALAM HATI ANDA SELAIN IBU BAPA DAN KELUARGA?
~Blog saya. Betul ke jawapan nih??Saya rapat dengan famili saya. Rapat dengan anak-anak buah saya. Haa,sekarang nih,anak buah saya sangat rajin bertanyakan khabar saya. Yang paling best bila tetibe je diorang bagi mesej "I MISS U"....Perghhhh, seronoknya....((jeles tak??))

SECARA JUJUR, SEBUTKAN KENAPA ANDA MENULIS BLOG?
~Sebab saya suka menconteng- meluahkan rasa hati,rasa cinta,bercerita itu ini, berkongsi sesuatu yang baik,berkongsi cerita...Tapi,sebenarnya saya lebih suka mendengar cerita. Sangat kagum dengan kehebatan kawan-kawan yang " pandai bercakap " & bercerita.

SECARA JUJUR, ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA BERHARGA?
~Yup.Sangat-sangat berharga. 

SECARA JUJUR, APA CITA-CITA ANDA TIME KECIK2 DULU?
~Nak jadi Penyiasat ((Detective))...Hehe,saya sangat suka merayau keliling kampung dengan menunggang basikal. Haaa,dalam perjalanan tuh, saya dengar macam-macam cerita. Contoh:Terdengar Mak Cik Peah berkelahi dengan Pak Cik Abu. Dengar Pak-Pak Aji bercerita tentang politik.Masa zaman dulu,glemer dengan Semangat 46..

~Haa,penah gak berangan-angan nak jadi Puteri Reformasi,sebab masa dulu-dulu femes dengan Kisah Famili Anuar. Kagum giler ngan Nurul Izzah tuh...

~Pernah juga berimaginasi untuk menjadi seorang penulis.Masa tuh sangat suka melihat buku karangan akak yang bertulisan cantik dan cikgu selalu bagi gred A untuk setiap karangan dia.

SECARA JUJUR, SIAPA YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN ANDA UNTUK DI TAG SEKARANG? SEBUT 5.

*Echah yang baik ati~
*Arisa yg sweet~ 
*ASaDa yang segak~ 
*Apis yang bergaya~ 
*Josh yang kacak! 

Ok dah settle!Selamat berbuka Puasa.