Tuesday, August 10, 2010

Gadis Bertudung Litup : Saya Minta Maaf

Assalamualaikum
Esok kita berpuasa. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir Cik Jari bergelar pelajar Uni Siang Malam.((InsyaAllah)).Alhamdulillah, semester ini tiada kelas malam. Masa dalam kelas pagi tadi, one of my lecturer wish "Happy Fasting" to all of us.((his students)).

Niat puasa untuk sebulan

Pagi tadi juga, Cik Jari hampir-hampir tidak mengenali seorang rakan sepengajian. Kenapakah??? Kerana beliau sudah bertudung!! Cumell sangat..Manis..Alhamdulillah. Allah bukakan pintu hatinya untuk bertudung litup. Menutup aurat.Gembiranya hati ini. Syukur, alhamdulillah...Sejuk mata memandang. Sedarlah saya bahawa Hidayah Allah datang bila-bila masa je.Kita harus sentiasa bersedia,melapangkan dada, memohon doa pada yang Esa, agar DIA mengurniakan Hidayah buat kita.

Niat puasa hari-hari
Di bulan yang mulia ini, memang banyak yang ingin dipinta.Sabda Nabi s.a.w "Inilah bulan yang pada permulaannya membawa rahmat Allah, pertengahannya memperoleh keampunan (maghrifah) dan penghujungnya mendapat kebebasan dari api neraka" (H.R Ibn Khuzaimah)..Maksudnya: 10 malam pertama adalah rahmat, 10 malam kedua adalah maghfiroh dan 10 malam yang ketiga adalah terbebas dari api neraka...Mudah-mudahan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya. InsyaAllah...


Sebagai manusia, kadang-kadang kita terleka ((lagha)) dek kerana urusan duniawi. Kerja sekolah. Assignment. Test. Sungguh memenatkan. Alangkah beruntungnya kita jika mampu menyeimbangkan kedua-duanya. Tidak cemburukah kita pada kawan-kawan kita yang sibuk berpersatuan & menghadiri kelas-kelas akademik pada siang hari & malamnya pula gigih membaca al-quran & ber-dating dengan yang Maha Esa di sepertiga Malam??? ((...Ya Allah...Bukakanlah pintu hatiku...hambaMu yang lemah ini ingin dekat denganMu Ya Allah...)) 

Sedarkah kita bahawa kita berzikir tapi sejauh manakah kita mendalami zikir tersebut. Kita mengaji tapi sejauh manakah kita berusaha untuk memahami makna setiap butir yang kita baca. Kita berselawat tetapi sejauh manakah kita kasih...kita sayang pada Rasulullah...Sedarkah kita bahawa segala kerosakan di bumi ini adalah berpunca dari kita??? 

Doa berbuka puasa
Ayuh sahabat...Jadikan Ramadhan yang mulia ini sebagai titik permulaan untuk meningkatkan amalan. Memohon keampunan. 

Dikesempatan ini juga, Cik Jari ingin memohon maaf secara terbuka kepada Mr.C . Tahun ini, genap setahun perkenalan kita di alam maya. Mohon ampun, mohon maaf kerana pernah menyusahkan hidup anda...Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Terima kasih atas segala khidmat nasihat. Terima kasih atas segala kenangan. Terima Kasih atas segala kebaikan...

Sekian,
kondisi saya semakin teruk.
Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa...
Pray for me ya..my dear buddy...