Thursday, August 12, 2010

DIA Memutuskan untuk menyambungkan.

Assalamualaikum
Selamat berpuasa kepada kalian yang berpuasa...((Haha,selamat memahami ayat ini))...Walaupon berhajat untuk berhenti seketika daripada dunia penulisan ini tapi tetap nak menaip...((Hehehe))

Okeyh, hari ini Cik Jari nak membebel tentang cinta lagi..Baru-baru ini, ada seorang kawan yang kecewa...putus cinta. Ahaks...Cik Jari yang dah lanjut usia tak kawen-kawen pon ag, mungkin kurang layak membicarakan soal cinta. 

Tapi, entri kali ini adunan antara cinta dari buku dan berdasarkan pengalaman sendiri. ((pengalaman Cinta Monyet je la ek)) ...Ahaks, budak nakal macam Cik jari nih memang suka mencuba. Akak-akak bercinta, Cik jari pon sibuk gak nak jatuh cinta. Gila tak gila, menjelang exam SPM jatuh terduduk sebab cinta terputus...Perghh...memang tragis...mata bengkak mengalahkan kena ketumbit...




Ini kisah lima tahun lepas. Dah lapuk! Dah basi! Sekarang Cik Jari dah macho. Haha, sekarang dah tak gembeng macam dulu. Sekarang dah pandai merantau jauh sorang-sorang. Dah pandai beli tiket bas & pergi je mana-mana tempat yang nak dituju. Sekarang dah pandai berblogging. Dulu-dulu internet untuk cari maklumat pasal jambatan gantung babyloen, sungai terpanjang di Malaysia, Ibu negara Finland...  ((haha, memang bahan-bahan ilmiah je yang dicari ))...Sekarang nih, bangun-bangun tido je check henpon. ((Ish2, sedey....takde mesej dari si dia....)) 

Ups, panjang sungguh Cik Jari membebel....Berbalik kepada kisah tadi, Cik Jari jadikan Bulan Ramadhan sebagai titik permulaan mendekatkan diri pada Ilahi. 
Langkah pertama: Bakar semua surat-surat cinta. 
Langkah ke-dua: Pulangkan balik gambar-gambar yang dia bagi. 
Langkah ke-tiga: Membanyakkan membaca Al-quran.
Langkah ke-empat: Join Mummy & Daddy bertarawih
Langkah ke-lima: Study la..Membusykan diri..Masa tuh concentrate kat Add Maths sebab memang nak pecah rekod dalam famili. Nak dapatkan A1 untuk Add Maths....alhamdulillah....
Masa tuh jugak agak GiPang ((Gila Pangkat)), so agak aktif la kat sekolah. Selalu kena hias board-board persatuan (salu menang...dapat hamper besooo))...Join kuiz sana..kuiz sini....walaupun ta penah menang...haha ((kesiannnn))




Stop pasal pengalaman,sekarang kita bukak buku pulak...
Petikan-petikan yang best pada pandangan Cik Jari:

Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!

Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak berbalas.

Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.

Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.

Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.(Al-Baqarah: 216)

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Allah, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. 

Putus Cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan & termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Last but not least, i want to share my favorite statement: ...yang baik pada pandangan kita belum tentu baik pada realitinya...



Stop Worrying and Start Living.