Sunday, August 8, 2010

Cerita Cinta yang Tragis

Assalamualaikum
Selamat Hari Ahad...Apa khabar anda semua? Mudah-mudahan sihat dan sentiasa bahagia. Tahniah kepada sahabat yang selamat bergelar tunangan orang. Tahniah kepada kawan-kawan yang telah bergraduasi. Tahniah kepada kawan yang bakal melahirkan baby.((Moga dikurniakan baby yang comel & cerdas)). Tahniah kepada kawan yang telah berjaya menemui bakal zaujahnya.((Mekasih kerana berkongsi berita gembira wahai sahabat))Tahniah kepada diri sendiri kerana telah meng-update belog.

By the way, Takziah kepada sahabat yang telah kematian ikan peliharaannya. Ada masa nanti, pelihara ikan keli pulak deh....Untung-untung boleh buat lauk berbuka di bulan puasa nanti...hehe...

Hari ini, Cik Jari nak bercerita tentang cinta. Dah lama tak berjiwang-jiwang di buku conteng ini. Erm, korang pernah dengar perkataan "Lady First" ?....((Bukan Butik First Lady)) Ala...kalau si perempuan jalan beriringan dengan si lelaki,then 2-2 nak masuk dalam lift, si lelaki akan kata lady first & membiarkan si perempuan masuk dalam lift tuh...Kunon gentlemen la kan??? 

Sebenarnya, perkataan Lady First mempunyai sejarahnya. Once Upon a time, ada sepasang kekasih yang berhasrat untuk membunuh diri ((suicide)) kerana cinta mereka tak direstui oleh keluarga masing-masing. Sedih kan??Cinta bagai nak gilak, at last terpaksa berpisah gara-gara cinta terhalang. Tapi, diorang nih dah MABUK CINTA...Kunon-kunonnya mereka nak mati sama-sama & bercinta kat syurga..Huyooo,tinggi tul angan-angan diorang nih kan??? 


Let say, si perempuan bernama Jojo & si lelaki bernama Johny...Di pendekkan cerita, Si Jojo & si Johny telah pergi ke sebuah gunung dan berhasrat untuk terjun dari puncak gunung yang tinggi nih. Pada mulanya mereka nak terjun bersama-sama tapi akhirnya si Johny yang terjun dulu & si Jojo nih terlopong melihat mayat si Johny yang hancur berkecai kat bawah sinun....Si Jojo terketar-ketar & tak sanggup nak terjun selepas melihat insiden tersebut...Jojo pon pulang ke sisi keluarganya & membiarkan Johny mati sorang-sorang...Cerita Johny & Jojo nih sangat femes dalam kalangan orang kampung & sejak itu, apa-apa hal pon, perempuan akan mula dulu...((Lady First))...

Kesimpulannya, adakah perempuan sukar dipercayai atau adakah perempuan berfikiran lebih panjang berbanding lelaki....atau mungkinkah perempuan lebih sayangkan diri sendiri????

~Sekian,terima kasih
Cik Jari selesema...sakit tekak juga..any tips??