Tuesday, July 6, 2010

Tanyalah Ustaz

Assalamualaikum

Selamat Hari Selasa semua. Semoga sihat selalu dan bersyukurlah kita kerana masih dikurniakan kesempatan untuk menghirup Oksigen & membebaskan Gas Karbon Dioksida lalu diberi peluang untuk terus mengumpul saham akhirat. ((Pinjam kata-kata My Daddy di sini)). 

Dua hari lagi, Cik Jari akan kembali ke Pulau Terpencil yang mendamaikan hati. Mudah- mudahan dimudahkan segala urusan. InsyaAllah. I'm try to be Positive. 

~Sikap kita ditentukan oleh cara kita melihat masalah. Apabila kita melihat masalah sebagai kesempatan untuk membangunkan diri, kita berfikiran positif. Sebaliknya, apabila kita melihat masalah sebagai perkara yang bakal memusnahkan diri, kita berfikiran negatif. 

Justeru, semasa berdepan dengan masalah, SENYUMLAH dan berkata : ALHAMDULILLAH , aku diberikan kesempatan untuk menjadi lebih berjaya.

Kemudian, lakukan analisis ke atas masalah itu satu persatu. Jangan lupa, "kita tidak boleh menelan seekor lembu sekali gus.Namun, jika kita memakannya sedikit demi sedikit, akhirnya kita akan berjaya menelan seekor lembu."Jelas sekali, yang menjadi masalah bukannya lembu, tetapi cara kita!


Jangan kita lupakan kata- kata nabi yang bermaksud:
"Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesabaran, kelapangan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya dengan kepayahan adalah kesenangan".

~Sekian, Chapter Renungan di Buku Conteng Cik Jari. hehe,takde niat pon nak membebel kat korang. Tapi, mungkin kata-kata ni berguna kepada orang yang tengah bersedih, tengah kecewa @ dirundung pilu.
((Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 memang informatif..Jom tengok ramai-ramai)) ~