Friday, July 23, 2010

Sweet Sour Campus Life

Assalamualaikum
Hari ini, ada kuliah sejam saja iaitu dari pukul 8pg-9pg. Kuliah pagi. Best ke?? Memang tak best.Tapi kalau ikutkan, kesian lagi budak-budak sekolah...Pukul 7 pagi dah kena beratur kat tapak perhimpunan. Erm, kalau kat kampung, mandi guna air kolah. Seeeejukkk...tapi menyegarkan. Erk,segar ke?? menggigil-gigil kot. Okaylah, bukan pasal tuh yang Cik Jari ingin bebelkan. Entri kali ini, Cik Jari tampalkan gambar awards yang dianugerahkan oleh kawan-kawan. Terima Kasih :)

Award 1
Award dari ozzy
1- DIMANAKAH ANDA SELALU BW?
-Selalu melawat blog blogger yang active & keutamaan diberikan kepada blog si blogger yang banner/link nya tertampal di belog ini & juga belog-belog yang sudah diFollow.

2-KENAPA ANDA SANGAT SUKA BW?
-dapat menghilangkan kebosanan di dalam bilik hostel; di samping mengajak kawan-kawan datang ke belog ini.

3-APA YANG ANDA DAPAT KALAU BW?
-dapat kacau kawan-kawan blogger.Spam shoutbox diorang & juga ruangan komen.

4-MACAM MANA PERASAAN ORANG YANG ANDA BW ITU?
-erk..diorang suka la kot sebab boleh menambahkan ketinggian graf analytic. :)


Award 2


Thanks to mRs.nAnEA
State 7 things about yourself
1.Simple but Clean
2.Suka membelek buku
((anda semua dijemput untuk menghadiahkan buku-bakan kepada cik jari))
3.Pemerhati bebas yang rabun jauh
((sentiasa memerlukan pertolongan encik Spek untuk jarak yg lebih 30cm))
4.Seorang perempuan
((of course la))
5.Sensitif tapi buat-buat cool
((towards being a macho lady))
6.Bukan Anti lelaki
((saya perlukan antibodi))
7.Kadang-kadang penuh dengan emosi tapi cepat menyesali kesilapan sendiri.
((sila jangan kedekut memberi MAAF))

Award 3

Award dari ninie azriena
Nama panggilan anda?
cik jari,encik hensem,Acik,Aj,cik kiah,jejari,

Barang yang harus ada dalam beg anda?
pen,kertas,purse,kunci bilik,pen-drive

Sudah punya pacar?
pacar dalam bahasa jawa bermaksud inai(henna).
Saya Tak Suka pakai Inai!

Panggilan anda daripada pacar anda?
inai boleh panggil saya ke??woah..scary!!

Habit anda yang paling teruk?
online berjam-jam.

Orang yang anda sayang?
daddy saya,mak saya, famili saya,kawan-kawan saya.

Anda sayang saya tak?
Nak tanya soklan nih kat Arisa..((Arisa yang cool,sila jawab soklan ini...so,HARUSlah amek award2 nih..Gi update belog ko))...By the way,Cik Jari sayang ninie.Mekasih bagi award ini.

Award 4
Award dari Cik Zek

kenapa anda rajin berblogwalking?
erm,tak lah rajin sangat. Kunjung-mengunjungi  kan amalan mulia.

waktu bila anda selalu berblogwalking nih?
dikala ada kelapangan masa.Malam yang sunyi is the most suitable time.

apa yang anda dapat dengan berblogwalking nye?
dapat baca cerita terbaru,berita terbaru,resepi yang best,dapat tengok gambar yang best & dapat penat setelah mengadap laptop seharian.hehe

apakah nama tema blog anda?
Buku Conteng Cik Jari 

blog sape yang anda rajin tengok?
Blog kawan-kawan blogger yang dah lama dikenali plus blog-blog yang sudah difollow.

di mana dapat ilham nak cantikkan blog anda?
di depan laptop la.Sewaktu melihat gambar-gambar best.

adakah blog anda cute dan menghiburkan semua orang?
erk...mudah-mudahan begitulah hendaknya. 

sape yang patut dapat award ni?
semua patut dapat especially blogger perempuan.


Tadi, Cik Jari beli novel baru buat kenang-kenangan sempena Heboh Buku USM. Banyak novel. Rambang mata.Nak beli banyak-banyak tapi tak kaya. Duit tak banyak.Maka,kembali ke dunia nyata.Beli ikut kemampuan ...Tajuk Novel : Sweet Sour. Terbitan: Jemari Seni. Dapat diskaun RM4.Agak kecewa sebabnya Novel Pelangi dah sold out...Sekian,contengan di petang Jumaat yang sunyi...
Pesanan: Bercinta pakai OTAk!!