Thursday, July 29, 2010

Pasangan Hidup: Sehidup Semati

Assalamualaikum
Hai kawan-kawan. Selamat ber-blog-walking. Yeahhh...Malam ini malam jumaat. Esok dah masuk hari Jumaat. Memandangkan esok pagi Cik Jari akan pulang ke kampung halaman, maka Cik Jari akan offline sepanjang percutian di kampung. 

Balik kampung...Merupakan Agenda yang paling tersangat best!! Shopping pon best gak tapi duit tak banyak.Maka, shopping akan jadi agenda yang paling tersangat dielakkan. Dating??Haha...itu agenda yang takde dalam buku conteng 2010. Study?? Belajar masa dalam kelas je. Masih kurang kerajinan untuk membuat revision ((sila jangan contohi perangai yang kurang bagus ini)).

Hari ini, kita teruskan lagi sesi pembelajaran kita dengan tajuk Pasangan Hidup. Haha...Entri nih sekadar perkongsian ilmu yang Cik Jari perolehi melalui pembacaan. Nadi Ilmu Amalan Membaca ((Membaca adalah sumber utama memperoleh ilmu)).Mari baca petikan di bawah:

Pasangan hidup yang baik serta keluarga yang harmoni adalah aset penting yang dapat membantu individu mencapai kebahagiaan hidup di dunia. Allah mengajar umat Islam dengan sebuah doa yang cukup cantik untuk diamalkan: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan-pasangan hidup dan keturunan yang menyenangkan hati-hati kami - Al-Furqan : ayat 74.

Berhubung dengan ayat ini, Abdullah bin Abbas berkata: Mereka ialah pasangan hidup serta keturunan yang sentiasa mentaati Allah dan keadaan mereka itu menyenangkan hati-hati di dunia dan akhirat.

Mengikut Imam Baihaqi, nabi berkata: Apabila seorang hamba Allah berkahwin, dia sudah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Hendaklah dia bertaqwa kepada Allah bagi menyempurnakan yang separuh lagi.

Amacam kawan-kawan, dah terbuka hati untuk berkahwin??? Hehe...mudah-mudahan kita-kita yang masih single nih dikurniakan pasangan hidup yang sekufu...Haaaa..apakah maksud kufu???Lain kali Cik Jari bercerita lagi,okeyh??? 

Buat kawan-kawan yang bersedih-duka cita ditimpa masalah-problems, Cik Jari titipkan sepotong ayat dalam surah Al-Baqarah: 286 yang bermaksud: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.Mari men-TABAH-kan hati.

duta beg kertas pakai buang

Sekadar gambar hiasan