Thursday, July 29, 2010

Matlamat Hidup Saya

Assalamualaikum
Selamat hari Khamis.Malam tadi Cik Jari tidur awal dengan jayanya. Mudah-mudahan dapat meng-Constant-kan jadual tidur yang baru dirombak ini.InsyaAllah...

By the way, Cik Jari dah start ada assignment...Assignment untuk subjek Institusi Kekeluargaan Islam.Ada 2 assignment. 1-Tugasan individu, 2-Tugasan berkumpulan. Bagi tugasan individu, Cik Jari dapat tajuk Mahar Yang Mahal. Then, untuk tugasan berkumpulan, kami pilih tajuk Aspek-aspek yang harus diutamakan dalam menilai 'sekufu'.

Menarik!!!Semalam merupakan hari pertama kelas tutorial untuk subjek tersebut. Tutor yang ajar kitorang tuh dilahirkan pada tahun 1942 dan merupakan pelajar PhD. Wahhh! kagum sekali dengan semangat Ustaz kami tuh. Even dah bergelar datuk, masih lagi bersemangat untuk belajar.((Muka beliau ada iras-iras muka my daddy....terubat rindu pada Daddy))

gambar hensem 
Haa, memandangkan hari pertama, maka kelas dimulakan dengan sesi berkenal-kenalan. Bak kata ustaz, Tak kenal, maka tak Cinta.Yeah! Cik Jari merupakan orang 1st yang memperkenalkan diri ((sebab duk depan sekali,ujung sekali)).Haha...Nama Saya Cik Jari ((bukan nama sebenar)). Umur hampir genap 22 tahun.((Bagus..bagus...sedar pon diri dah tua)). Asal dari Diamond Bay,Perak ((dekat ngan umah ustaz..Ustaz duk kat Manjung))...Then,Ustaz tanya: Apakah matlamat hidup...((erk....terdiam jap..sbb banyak sangat matlamat hidup nih..))......Ustaz tolong bagi jawapan untuk Cik Jari : Menjadi seorang wanita solehah & ibu yang baik untuk anak-anak...Cik Jari sambung: Ya, Ustaz. Itu sudah semestinya. InsyaAllah....Aminnn

Ok, esok nak balik kampung. Lecturer ada bagi task. Kami disuruh mengumpulkan kad-kad jemputan yang ada dalil-dalil berkaitan nikah& kahwin.....Then, harus menghafal dalil-dalil tersebut. Wah! Menarik gak subjek nih. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan....((By the way, Cik Jari bukan student Ilmu Kemanusiaan (IK) even subjek nih under School IK))....Sesaje menambahkan ilmu pengetahuan....

Sekian, Terima kasih kawan-kawan....Lau ade info-info yang best berkaitan tajuk assignment di atas,silalah beritahu Cik Jari ye...Tinggalkan link juga.