Monday, July 12, 2010

Jom Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum
Selamat hari isnin. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi semester pertama sidang akademik 2010/2011 Universiti Sayang Menyayang. Malam tadi pula merupakan malam pertama di bilik hostel baru. ((Berpindah hostel setelah bertahun- tahun di hostel yang Tekun)). Maka, semakin susahlah nak berdating dengan si Mihashi. Namun, kami berterima kasih kepada Yahoo! kerana menyediakan perkhidmatan video call yang membolehkan kami saling berhadapan walaupon jarak memisahkan kami. 


Bilik hostel kali ini di tingkat teratas. ((tingkat 4)). So, semalam agak jenuh mengangkat barang - barang yang bakal diguna pakai sepanjang semester ini. Uhh, sungguh penat tapi pemandangan dari dalam bilik sungguh mendamaikan. Kulihat hijau.....((tapi sekarang nih masih awal,maka kulihat gelapppp je la.)). Selain itu, arah kiblat kat dalam bilik nih adalah tegak mengadap katilku. (( Ada orang kata, kalau nak cari rumah, carilah rumah yang arah kiblatnya tegak & tak senget ke kanan atau ke kiri)). Rumate pon okey je. Walaupon umurnya lebih senior, namun Cik Jari lebih senior di sini. Wee waa...


Seperti biasa, setiap kali masuk semester baru, pasti ada azam baru kan?? Azam Cik Jari semester ini adalah untuk berusaha mencapai azam yang masih belum tercapai. ((di samping mencari encik Azam)) Seboleh mungkin, ingin mengurangkan kekerapan balik kampung. Ingin meluangkan masa di sini. Dan kalau boleh, takmo banyak sangat mengarut ((walaupon malam tadi dah banyak sangat mengarut dengan Mihashi)). Mudah- mudahan semester ini menjadi semester yang paling bermakna. InsyaAllah.



Last but not least, Cik Jari nak mintak tolong dari korang untuk menterjemah ayat di atas. Secara kasarnya, Cik Jari mendapati bahawa maksud pernyataan di atas adalah : kalau nak yang solehah, haruslah menjadi soleh. Tapi, macam kurang tepat je. Hopefully ada yang sudi menterjemah ayat di atas dengan selengkapnya. With that, I thank You.

~Sekian, jom ke kelas...